AVOCADO FLOAT



Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua yang singgah sini...

Hari ni nak share resepi avocado float yang sedap & sangat berkrim ni. Biasa buat mango float & durian float saja kan. Hah kita try letak avocado pulak. Alhamdulillah sedap & bolehlah 'trick' minda tengah makan dessert sihat ^_^




Resepi ni di kongsi dari page fb Traverze. Yalah dah sana sini share resepi avocado float ni, buat kita terliur kan, so kita cubalah, hehe. 

Cuma masalahnya kan, di semenjung Malaysia ni harga buah avocado import boleh tahan mahal, sebiji RM3.99 dengan saiz yang bukan main comel, kecik pulak tu, hehe. Resepi ni punya pasal saya belilah sebab teringin sangat nak makan. 

Kalau di kampung halaman saya Sabah, harga murah sikit rasanya & saiz pun besar, puas makan. Hah tak pa, nanti kita usahakan tanam buah ni kat tepi rumah pulak kan, 10 tahun nanti bolehlah ambik hasilnya, inshaallah :) 

Hah, siapa rajin boleh mula tanam sekarang ^_^






Untuk resepi ni, saya isikan dalam 6 balang kaca bersaiz sederhana kecil, selebihnya dalam bekas makanan transparent pakai buang tu. Dapatlah dalam 3 bekas, ikut banyak mana korang isi krim & buah avocado tu k. 

Buah avocado tu kan kalau korang letak lagi banyak lagi sedap tau, hiris & susun dalam bekas berlapis dgn krim. Yang di blend jadikan puri tu pun penting juga untuk jadikan krimnya berlemak, pandai2lah korang agak k, hehe.

Ok gaiss jom tengok resepinya pula...





AVOCADO FLOAT

A
3-4 biji avocado, di kisar menjadi puri
1 kotak uht whipping cream
1 tin susu pekat

B
1 bungkus biskut digestive perisa coklat, dihancurkan (biskut apa2 pun boleh)

C
3-4 biji hirisan buah avocado atau secukupnya

Cara2 membuatnya:
1. Satukan bahan A. Pukul hingga kembang & pekat. 

2. Sediakan bekas yang sesuai. Masukkan sedikit biskut yang dihancurkan. Sendukkan lapisan krim atas biskut tadi & susun buah avocado yang dihiris.

3. Ulang semula semua proses tadi ikut banyak mana lapisan yang dikehendaki. Lapisan atas sekali taburkan lagi sedikit serbuk biskut & letak potongan buah avocado.

4. Simpan dalam peti sejuk 3-4 jam baru dinikmati.



Comments

Popular Posts