JUICY ROASTED TURKEY



"Gendang gendut tali kecapi,
kenyang perut senang hati"

Eewahhh kemain happy bila kenyang kan hihi

Menu makan malam sempena tahun baru kami seisi keluarga semalam dihidangkan dengan bermacam2 jenis masakan. Saya sediakan hidangan istimewa iaitu roasted turkey yang berjus, penuh rasa & sangat sedap! Dihidangkan bersama sos kranberi & salad segar.




Ini adalah kali pertama saya memasak hidangan ayam belanda. Berhari jugalah saya buat kajian bagaimana cara terbaik untuk memasak ayam belanda supaya isinya tidak kering atau jadi kurang masak kerana saiznya yang agak besar berbanding ayam biasa. Ayam belanda yang saya masak ini beratnya dalam 5.21kg. 

Dalam banyak2 resepi carian di goggle, saya pilih resepi JUICY ROAST TURKEY dari blog Natasha's Kitchen. Resepi yang di tulis berserta video tutorial cukup meyakinkan saya untuk mencuba. Macam2 tips yang dikongsikan oleh chef Natasha Kravchuk yang comel itu ^_^

Ayam diperap semalaman bersama herba parsli segar, mentega, garam, lada hitam, minyak zaitun, bawang putih & jus lemon. Bau bahan perapan itu sahaja pun sudah membangkitkan selera, belum lagi dibakar. Betul2 membuat hati berkobar-kobar untuk merasa hasilnya.

Dan alhamdulillah selepas 3 jam proses membakar, saya berjaya memasak roasted turkey yang juicy & sungguh sedap...yeayyy!!!

Wajib untuk sediakan thermometer untuk pastikan ayam dimasak sempurna, tidak mentah atau terlebih masak. Saya juga siram ayam guna lebihan minyak yang keluar dari ayam setiap 30 minit semasa proses membakar untuk dapatkan kulit yang garing. Masa membakar mungkin berbeza ikut saiz ayam & jenis ketuhar yang digunakan.








Walau bagaimanapun, tidak lengkaplah hidangan roasted turkey  tanpa hidangan sampingannya kan? 

Saya sediakan sos kranberi buatan sendiri untuk dimakan bersama turkey yang sedap itu. Saya gunakan dried cranberry memandangkan buah kranberi yang segar agak sukar untuk didapati. Jangan risau, rasanya tetap sedap malah sangat sesuai dinikmati dengan daging turkey, sweet & savoury gituu :)






Saya juga sediakan sekali hidangan salad segar bersama kuah 'vinaigrette' sebagai pelengkap hidangan. Boleh gunakan daun salad, bayam, herba atau apa2 sahaja sayuran segar yang disukai. Saya gunakan salad Rocket atau dipanggil Arugula & tomato ceri.

Cara penyediaan 'Vinaigrette' ini juga amat mudah & rasanya sangat lazat & menyegarkan. Saya tambah herba parsli segar dalamnya untuk aroma yang lebih menyerlah.

Resepi ini akan menjadi resepi simpanan & akan dicuba lagi dimasa akan datang.

Selamat mencuba semua :)


=============================
JUICY ROASTED TURKEY
======================
Bahan2nya:
A
1 ekor ayam belanda, anggaran berat 5kg

B
1 sk garam
1/4 sk lada hitam, ditumbuk halus

C
226g mentega, suhu bilik
2 sb minyak zaitun 
4 sb jus lemon
1 biji parutan kulit lemon
3 ulas bawang putih, dihancurkan/ditumbuk
1/4 cawan herba parsli, dicincang
1/2 sb garam
1/2 sk lada hitam, ditumbuk halus

D
1 biji bawang besar, dibelah dua (tak perlu kupas
4 biji bawang putih, dibelah dua
Herba parsli secukupnya
1 helai bay leaves

Cara2 memasaknya:
1. Cuci ayam belanda hingga bersih guna air limau & lap kering guna tisu. 

2. Satukan bahan B & masukkan kedalam perut ayam & ratakan. 

3. Dalam mangkuk satukan semua bahan2 C. Kacau hingga sebati. Perlahan-lahan pisahkan kulit ayam pada bahagian dada & masukkan bahan perapan tadi, urut2 bagi rata. Lumurkan juga keseluruh badan ayam.

4. Kemudian, masukkan bahan2 D kedalam ayam & ikat kaki ayam guna tali supaya kemas. Perap ayam semalaman.

5. Panaskan oven pada suhu 220 darjah celcius. Bakar ayam selama 20-30 minit hingga agak keperangan & keluarkan semula. Siram ayam guna minyak yang keluar & tutup bahagian dada ayam guna aluminium foil supaya tidak kering. Turunkan suhu kepada 170 darjah celcius & sambung membakar semula selama 2 jam 1/2 - 3 jam atau hingga ayam masak. Siram ayam guna lebihan minyak setiap 30 minit.

6. Cucuk bahagian dalam peha ayam guna thermometer untuk periksa suhu. Ayam telah masak sepenuhnya apabila suhu mencapai 170 darjah celcius pada bahagian peha, 160 darjah celcius pada bahagian dada. 

7. Keluarkan ayam & rehatkan selama 2 jam baru dipotong & dihidangkan. Adalah penting untuk rehatkan ayam selepas dibakar untuk mendapatkan isi yang berjus & sedap!


=================
CRANBERRY SAUCE
=================
Bahan2nya:
1 cawan kranberi kering
2 cawan air
1/2 cawan gula
1 biji parutan kulit lemon/oren
1/2 biji jus lemon/oren
1 sb tepung jagung + sedikit air

Cara2 membuatnya:
1. Satukan semua bahan2 kecuali tepung jagung kedalam periuk. Didihkan.

2. Kemudian, tuang kedalam mesin pengisar. Kisar hingga hancur & masukkan semula dalam periuk.

3. Masukkan tepung jagung yang dibancuh bersama sedikit air. Masak semula hingga pekat. 

4. Simpan dalam botol & sejukkan sepenuhnya.


============
VINAIGRETTE
============
Bahan2nya:
6 sb minyak zaitun
1 sb jus lemon/apple cider vinegar
2 sb madu
1/2 sk lada hitam, ditumbuk halus
Secubit garam
Herba parsli, secukupnya

Cara2 membuatnya:
1. Satukan semua bahan kecuali herba parsli kedalam botol. Goncang hingga sebati. 

2. Masukkan parsli & goncang sedikit.

3. Tuang atas salad & gaul rata.




Comments

Popular posts