JACKFRUIT BUTTERCAKE



Jackfruit butter cake atau dalam bahasa malaysianya kek mentega nangka :) 

Semua suka kek mentega kan? Hah sebelum ni saya dah kongsikan resepi CEMPEDAK BUTTERCAKE, kali ni versi nangka pula.




Tempoh hari, adik ipar saya ada bawakan nangka madu dari kampung di bentong, pahang. Bukan main manis, sedap sungguh..banyak pula tu. Sisanya saya buat kek. 

Alhamdulillah sedapnya secukup rasa, lemaknya, manisnya, lembutnya...memang puas hatilah, resepinya pun cukup mudah :)

Bolehlah cuba buat sendiri nanti ya ^_^




 JACKFRUIT BUTTERCAKE

Bahan2nya:
A
250g mentega, suhu bilik
180g gula kastor

B
4 biji telur, gred A

C
210g tepung naik sendiri, diayak

D
150g isi nangka, dipotong dadu


Cara membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 170C. Sediakan loyang bersaiz 8 inci. Sapukan dengan sedikit mentega & alaskan dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Pukul bahan A hingga lembut & berkrim.

3. Masukkan bahan B satu persatu, pukul rata.

4. Masukkan pula bahan C, pukul lagi.

5. Akhir sekali, masukkan bahan D & pukul hingga sebati. Pukul sekejap sahaja.

6. Tuang adunan ke dalam loyang yang disediakan. Bakar pada suhu 170C selama 45 min atau hingga kek masak sepenuhnya.



Comments

Popular Posts