FUDGY DARK BROWNIES



Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua yang singgah sini :)

Lama rasanya saya tak masuk blog ni. Dah lama tak 'rajin' untuk masukkan resepi2 baru di sini. Yalah, bila ada resepi baru biasa saya akan kongsikan sahaja terus dilaman facebook.

Alhamdulillah hari ini, ada sedikit masa untuk diluangkan menaip resepi terbaru iaitu FUDGY DARK BROWNIES yang saya buat kelmarin untuk adik ipar yang mengidam nak makan.




Sebenarnya saya bukanlah peminat brownies. Dessert yang saya agak kurang gemar & biasanya adalah pilihan terakhir untuk saya buat & nikmati.

Mungkin kerana rasanya yang agak manis & padat membuatkan saya cepat bosan, hihi. 

Tetapi...

Walaupun kurang gemar, adakalanya kita teringin juga nak rasa. Betul tak? Seketul pun jadilah. Hah, tu yang saya buat sekali 2 loyang. Satu untuk adik ipar, satu lagi saya punya. 

Ala..bukannya saya makan sangat pun, hanya seketul dua. Itu pun saya potong sekecil yang boleh, hahaha. Cukuplah dapat rasa, agak2 tak cari lagi dalam setahun kot ^_^

Yang banyak2 tu semua bagi anak2 makan. Potong kecil2, simpan dalam bekas. Brownies pun agak tahan lama juga jika di simpan dalam peti sejuk.

Saya akui resepi brownies ni memang sedap sebenarnya. Tak terlalu manis, moist & penuh dengan rasa coklat. 

Peminat2 brownies semua bolehlah cuba resepi ni ya, inshaallah amat mudah untuk dibuat & gerenti menjadi :)






FUDGY DARK BROWNIES

Bahan2nya:
A
140g mentega
180g gula perang
40g serbuk koko
20g serbuk koko gelap
Secubit garam

B
2 biji telur, gred AA
1 sk esen vanila

C
125 coklat gelap, dicairkan

D
65g tepung kek, diayak

E
25g mini chocolate chips
1/4 sk tepung kek

F
Almond flake, secukupnya


Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 170C. Sediakan loyang petak bersaiz 8 inci. Lanserkan & alaskan dengan kertas minyak. Ketepikan sebentar.

2. Satukan semua bahan A dalam bekas tahan panas. Gaul rata atas double boiler hingga sebati. Ketepikan sebentar hingga suam.

3. Masukan bahan B, gaul rata.

4. Masukkan pula bahan C, diikuti dengan bahan D. Gaul sebati.

5. Satukan bahan E, gaul rata & masukkan dalam adunan tadi. Gaul hingga rata sahaja. Jangan gaul lama2.

6. Tuang adunan kedalam loyang yang disediakan. Tabur almond flake atasnya.

7. Bakar selama 30 minit atau hingga masak sepenuhnya. Biarkan hingga sejuk sepenuhnya baru dipotong.



Comments

Popular Posts