ORANGE PEEL CAKE




Assalamualaikum semua yang singgah sini...

Dah lama saya tak update apa2 resepi terbaru di sini kan. Rindu juga nak menaip resepi tapi itulah kekangan masa nak buka laptop santai2 update entri, semua resepi saya share aje terus ke dalam wall facebook, kalau sudi boleh follow saya dalam fb ya :)

Hari ni saya nak kongsikan salah satu resepi kek yang simple & dijamin sedap daripada Buku CREATIVE MAKING OF CAKES by Sifu Alex Goh. 

Resepi kek ni namanya ORANGE PEEL CAKE. Saya pernah masukkan resepinya dalam blog MY BAKING WORKSHOP saya. Dulu saya rajin nak menerai resepi2 dari buku beliau. Alhamdulillah semua resepi beliau sedap2 belaka. 




Kek ni merupakan sejenis kek mentega yang menggunakan kaedah SEPERATED EGGS, di mana kuning & putih telurnya di asingkan. Putih telur di pukul jadi meringue baru di sebatikan dengan adunan kuning telur. Hasilnya kek akan lebih gebu & teksturnya lebih ringan. 

Kek juga lembap tak kering, manisnya sedang2 saja. Saya sorang je boleh abiskan separuh kek ni, makan buat breakfast, minum petang, sambung pulak makan lepas dinner. 

Aisehhh bahaya tul bunyinya kan ^_^




Saya guna kaedah sendiri untuk buat kek ni, mula2 saya buat meringue sampai kembang cantik dulu baru sebatikan adunan A+B+C. 

Sebabnya saya malas nak cuci pemukul mixer 2 kali jadi saya buatlah meringuenya dulu. Kalau nak meringue kembang cantik kena pastikan pemukul tidak ada bercampur dengan minyak, air atau bahan2 lain. 

Nak ikut kaedah dalam resepi pun boleh xda masalah menjadi juga janji korang fahami betul2 proses membuatnya.

Korang cubalah buat resepi ni ya, inshaAllah tak menghampakan :)







ORANGE PEEL CAKE

Bahan2nya:
A
250g mentega, suhu bilik
100g gula kastor
Secubit garam, optional

B
9 biji kuning telur, gred A

C
60ml jus oren
1 biji parutan kulit oren

D
6 biji putih telur, gred A
140g gula kastor

E
250g tepung gandum
1 sk serbuk penaik
30g serbuk almond

F
150g hirisan oren (anggaran 6 keping)


Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 180C atau ikut kepanasan oven masing2. Sediakan loyang bersaiz 9 inci. Griskan dengan sedikit mentega & alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Susun hirisan buah oren (bahan F) dalam loyang & ketepikan.

2. Satukan bahan A & pukul hingga berkrim. Masukkan bahan B, pukul hingga sebati.

3. Kemudian, masukkan pula bahan C, pukul lagi sebati. Ketepikan sebentar.

4. Dalam mangkuk pengadun yang lain, pukul bahan D hingga kembang bertanduk. Satukan dengan adunan (langkah 3) tadi. Pukul rata.

5. Akhir sekali, masukkan bahan E, pukul hingga sebati.

6. Tuang adunan kek kedalam loyang yang telah di sediakan. Bakar selama 1 jam atau hingga kek masak sepenuhnya pada suhu 180 darjah celcius.

7. Bila kek telah masak boleh terbalikkan atas pinggan & sedia untuk dihidangkan.

#Boleh sapu glaze atas kek kalau nak.





Comments

Post a Comment

Thanks for your comments :)

Popular Posts