BLUEBERRY & LEMON BUTTER CHEESECAKE




Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua yang singgah sini :)

Tahun ni saya buat kek yang simple untuk hari jadi encik suami. Buat buttercake je, yang simple2. Suami tak minta buatkan kek tapi saya tetap nak buatkan juga sebiji kek walaupun ala kadar, hehe.

Suami saya jenis yang tak seberapa gemar kek yang fancy2 ni, lagi2 kek yang penuh dengan aising. Confirm terbiar je dalam peti ais nanti. Tapi kena tengok flavour juga, last year saya buatkan Blueberry cheesey cheesecake untuk hari jadinya, salah satu kek yang amat digemari encik suami, sekejap je licin tau! 

Oops!! tak perasan tema blueberry ada lagi tahun ni, hihi. Saya tambahkan sekali perisa kegemaran encik suami iaitu buah lemon dalam adunan kek, memang happy bukan main dia makan, letak je perisa lemon mesti dia suka, alhamdulillah. 




Bila tambah parutan kulit lemon dalam adunan, kek pun jadi harum semerbak tau, blueberry filling letak banyak sikit, jangan kedekut, pastu tambah pula dengan parutan cheddar cheese atasnya...Walaa!! tu yang buat selera tu, boleh bayangkan tak rasanya? ^_^

Nak tau macam mana rasanya kenalah cuba buat sendiri kan? Jangan derhaka pada resepi tau, inshaallah hasilnya memang sedap terangkat!





BLUEBERRY & LEMON BUTTER CHEESCAKE

Bahan2:
A
250g mentega, suhu bilik
240g gula kastor
1 sk esen vanila
2 biji parutan kulit lemon

B
4 biji telur, gred A

C
80g yogurt/sour cream

D
290g tepung naik sendiri

E
100g susu cair

F
Blueberry pie filling secukupnya
Parutan cheddar cheese secukupnya

Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 170C atau ikut kepanasan oven masing2. Sediakan loyang bersaiz 8 @ 9 inci. Sapukan loyang dengan sedikit mentega & alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Pukul bahan A hingga gebu. Masukkan bahan B satu persatu, pukul rata.

3. Kemudian, masukkan bahan C, pukul lagi. 

4. Akhir sekali, masukkan bahan D & E berselang seli, pukul rata. Pukul hingga sebati saja.

5. Tuang separuh adunan kedalam loyang yang disediakan. Masukkan blueberry pie filling, buat pusaran guna chopstick.

6. Tuang pula baki adunan kek & letakkan lagi blueberry pie filling atasnya. Taburkan parutan cheddar cheese.

7. Bakar kek selama 45min - 1 jam atau hingga kek masak pada suhu 170 @ ikut kepanasan oven masing2. Potong kek bila sudah sejuk.




Comments

Popular Posts