DURIAN CHEESECAKE



Assalamualaikum & hi buat semua yang sudi singgah sini...

Lama tak share resepi di sini dek kerana kesibukan yang melanda, hehe. Alhamdulillah sibuk kerana tempahan, rezeki jangan di tolak betul tak??? Syukur selalu :)





Beberapa hari yang lepas adalah juga kesempatan untuk saya baking & mencuba resepi 'experimental', maksudnya resepi yang terus dibuat tanpa menulis terlebih dahulu atas kertas, hehe. Saya lebih suka begitu, alhamdulillah selalunya memang menjadi mungkin sebab semangat nak baking tu memang ada masa tu kan. Kadang boleh imagine sekali rupa kek yang jadi, tinggi tak imaginasi saya? hihi ^_^ 

Kebetulan adik bongsu saya nak datang ke shah alam dari kota kinabalu, semangat saya nak buatkan kek, yalah dah 5 tahun tak bersua. Dari kecil saya memang rapat dengan adik-beradik walaupun jauh sentiasa berhubung. Saya buatkan durian cheesecake untuk dia, lagipun kami adik beradik memang hantu durian, hehe.



Disebabkan musim durian dah abis, saya guna durian paste saja untuk buat cheesecake ni. Alhamdulillah sedap juga :) Tak cukup letak durian paste kat dalam, saya buat durian topping sekali, wallaaa!!! Adik saya pun puji sedap tau, manisnya sedang2 je, kembang setaman kakaknya dalam hati :)

Bah...Kalau dah terliur tu, bolehlah cuba buat sendiri nanti k, kalau ada stok durian paste boleh terus cuba, kalau tak, alamatnya kenalah tunggu next musim, hihi.





DURIAN CHEESECAKE

Loyang saiz 8@9 inci

Bahan biscuit base:
200g digestive biscuit, dihancurkan halus
80g mentega, dicairkan

Cara2 membuat base:
1. Sediakan loyang loose bottom @ springform pan yang telah digris & dialaskan dasarnya dengan kertas minyak.
2. Satukan bahan2 base & gaul rata. Tekan dalam loyang yang disediakan. 
3. Simpan dalam peti sejuk hingga sedia untuk digunakan.


Bahan cheesecake:
A
650g cream cheese, suhu bilik
190g gula kastor
1 sk esen vanila

B
3 biji telur, gred A

C
250g sour cream/yogurt
200g durian paste

D
1 sb tepung jagung

Cara2 membuat cheesecake:
1. Pukul bahan A hingga lembut & berkrim.
2. Masukkan bahan B satu persatu, pukul perlahan hingga sebati.
3. Masukkan pula bahan C, pukul rata lagi.
4. Akhir sekali masukkan bahan D, pukul sebentar hingga sebati.
5. Tuang adunan dalam loyang berisi biscuit base tadi. Ratakan sedikit.
6. Bakar guna teknik waterbath dalam oven pada suhu 150C selama 1 jam 20 min atau hingga kek masak. Apabila kek dah masak, matikan oven & biarkan kek dalam oven selama 30 min - 1 jam baru keluarkan supaya tidak merekah. 
7. Sejukkan kek sepenuhnya dalam suhu bilik baru di simpan dalam peti sejuk selama 3 jam atau semalaman.
8. Letakkan durian topping atas cheesecake sebelum dihidang.


Durian topping:
A
3 sb air panas
1 sb serbuk gelatin

B
200g durian paste

C
1/2 sk esen vanila

Cara2 membuat durian topping:
1. Satukan bahan A, biarkan seketika. Panaskan dalam microwave hingga cair selama 1-2 minit. Kacau rata.
2. Tuang campuran gelatin tadi kedalam bahan B. Gaul rata.
3. Akhir sekali, masukkan bahan C, gaul sebati. 
4. Tuang atas cheesecake. 





Comments

Post a Comment

Thanks for your comments :)

Popular Posts