CEMPEDAK BUTTER CHEESECAKE



Salam sejahtera buat semua yang singgah sini...

Hari ni nak share satu resepi yang sangat sedap ni. Hasil godek2 didapur tadi, alhamdulillah menjadi dengan jayanya kek mentega cempedak berkeju saya, hehe.

Sana sini tengah musim buah kan. Dah letih makan buah durian kita sambung makan buah cempedak pula. Beberapa hari lepas beli sebiji buah cempedak, mak aii banyak sungguh isinya, manis pulak tu...rezeki, alhamdulillah. Saya ambil isinya sedikit untuk buat kek, yang lain buat cempedak goreng tepung. 




Kek hasil godek2 ni memang sedap tau, sambil buat tadi risau juga kek jadi mendap tak naik sebab letak banyak isi cempedak. Tak sangka betul menjadi, ni sekarang tengah perah otak nak ingat semula sukatan bahan-bahannya ^_^

Suami & anak2 pun cakap kek ni sedap, lain kali boleh buat lagi, hihi. Selamat mencuba ya semua...





CEMPEDAK BUTTER CHEESECAKE

Bahan2nya:
A
125g cream cheese/slice cheese
80g susu cair/segar
200g gula kastor
150g mentega, suhu bilik

B
100g isi cempedak, dikisar (kasar sedikit pun ok)
3 biji telur
1 sk esen vanila
1 biji parutan kulit oren, optional (kalau letak kek wangi)

C
185g tepung naik sendiri
1/8 sk soda bikarbonat

Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 170C. Sediakan loyang bersaiz 7 inci, griskan & alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Satukan bahan A dalam mangkuk tahan panas. Masak atas api guna teknik double boiler hingga sebati. Matikan api & alihkan. Biarkan sebentar hingga suam.

3. Masukkan bahan B. Gaul rata. Kemudian masukkan pula bahan C. Gaul sebati & tuang dalam loyang yang disediakan.

4. Bakar selama 30 min atau hinggah kek masak pada suhu 170C. Sejukkan sepenuhnya baru dipotong.



Comments

Post a Comment

Thanks for your comments :)

Popular Posts