NEW YORK CHEESECAKE & A HAPPY 11TH BIRTHDAY MY DEAR ARY FARZANA



Assalamualaikum & selamat malam buat semua yang sudi singgah sini...

Lamanya tak update entri dalam blog ni. Rindu pula rasanya :) Tahun baru ni memang masa yang sibuk bagi semua ibu bapa menguruskan anak2 kan? Saya pun tak terkecuali, memang payah nak cari masa untuk berkarya disini ^_^

So hari ni curi2 masa untuk update entri. Nak share resepi cheesecake yang saya buat untuk my princess 11th birthday Ary Farzana. 




My doter Zana ni memang suka sangat makan cheesecake, cheese mentah tak bakar lagi pun dia pulun, tak kira apa jenis cheese, hihi. So tahun ni Zana request nak birthday cake full Cheesecake katanya, tak nak ada layer dengan span kek, krim & sebagainya. 

Tapi saya letak sedikit lapisan ganache atas cheesecake untuk contras pada rasa & hiaskan dengan buah strawberi segar atasnya. Zana pun suka sangat makan strawberi, so cheesecake & strawberi, perfect combination!!!





Untuk cheesecake tu, saya pilih resepi New York Cheesecake. Cheesecake yang padat dengan cheese, lemak berkrim & very satisfying. Just like the birthday girl wanted rite??? Hihi

Resepi daripada buku Cheesecake temptation by Chef Alex Goh. Always the best recipe :)

She loved the cake so much. That's all that matters. Alhamdulillah :)




Resepi ni saya pernah juga kongsikan disini, resepi yang sama dalam versi lain. cubalah, dua2 pun sama sedap, inshaallah :)





NEW YORK CHEESECAKE

Base:
200g digestives biscuits, dihancurkan
60g mentega, dicairkan

Cara2 membuat base:
1.  Satukan bahan base & kacau rata. 

2. Tekan dalam loyang springform/loose base bersaiz 8 inci. Simpan dalam peti sejuk sementara membuat inti cheese.


Cheesecake:
A
750g cream cheese
150g gula kastor

2 biji telur, gred A
1 biji kuning telur, gred A

C
30g tepung gandum
2 sk esen vanila
2 sb jus lemon, optional (saya skip)
1 biji parutan kulit lemon, optional

D
150g sour cream

Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 150C. Pukul bahan A hingga lembut & berkrim. Masukkan bahan B satu persatu, pukul rata.

2. Kemudian, masukkan pula bahan C, pukul rata lagi. 

3. Masukkan bahan D, pukul sebati. Tuang atas base tadi & bakar guna kaedah steambath selama 1 jam 30 minit atau hingga kek masak. 

4. Biarkan kek dalam oven selama 1 jam dengan pintunya dibuka sedikit. Sejukkan sepenuhnya, tutup & simpan dalam peti sejuk semalaman baru keluarkan dari loyang. Hiaskan jika suka.




Comments

  1. Terima kasih selalu share resipi. Moga Allah murahkan rezeki sis sekeluarga

    ReplyDelete
  2. Sama2 sis Shariffah Azzah...amin ya rabbal alamin. Terima kasih untuk doanya :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for your comments :)

Popular Posts