BLACK FOREST CHEESECAKE & A HAPPY 14TH ANNIVERSARY



Syukur alhamdulillah 14 tahun sudah mengharungi suka duka bersama. Semoga Allah restui ikatan ini hingga ke Jannah, amiin ya rabbal alamiin.

Terima kasih buat teman2 fb & instagram atas ucapan & doa anda semua :)




Sempena anniversary saya yang ke 14 ini, saya nak kongsikan resepi black forest cheesecake yang sangat sedap ni. 

Alhamdulillah my husband & anak2 suka especially si bongsu Arash Al Masih, hehe tak berhenti-henti dia makan. Selalunya tak suka makan kek, cheesecake suka pula ^_^ 





Mula-mula ingat nak buat kek special sikit tapi bukan main rajin lagi mood ni, hehe. Keluar masuk je butter dalam peti sejuk ^_^

Lama fikir2 nak buat kek apa yang simple & dijamin sedap. Dapatlah idea nak buat black forest cheesecake ni. Dah lama nak cuba buat tak jadi2, hehe. 

Resepi oleh chef Catherine Lau. Pernah juga buat black forest cheesecake resepi beliau yang berlainan versi sebelum ni, black forest cheesecake yang ada lapisan kek span. Boleh tahan sedap juga :)

Inshaallah ada masa nanti saya share versi yang tu pulak k. Kita layan resepi yang ni dulu. Selamat mencuba semua...







BLACK FOREST CHEESECAKE

Base:
200g digestive biscuits, dihancurkan
30g serbuk koko
30 brown sugar
Cornflakes, dihancurkan (saya skip)
120g mentega, dicairkan

Cara2 membuat base:
1. Satukan semua bahan base. Gaul rata.

2. Tekan hingga padat dalam loyang loosed base/springform pan bersaiz 8 inci (resepi asal guna loyang saiz 9 inci). Simpan dalam peti sejuk sementara membuat inti.


Cheesecake:
A
500g cream cheese, suhu bilik

B
120g gula kastor (saya guna 160g)
1 sk esen vanila
30g tepung jagung

C
300ml uht whipping cream

D
4 biji telur, gred A

E
2 sb + 2 sk serbuk koko, diayak (saya guna 2 sb)
100g coklat masakan, dicairkan

F
150g pitted dark cherries (asingkan jus & buahnya)


Cara2 membuat cheesecake:
1. Panaskan oven pada suhu 150C.

2. Pukul bahan A hingga lembut berkrim.
Masukkan bahan2 B, pukul sebati.

3. Masukkan pula bahan C, dikuti bahan D. Pukul hingga sebati.

4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian sama rata. 

5. Campurkan bahan E ke dalam salah satu bahagian, gaul rata. Tuang dalam loyang yang disediakan & bakar selama 30 minit guna kaedah waterbath.

6. Keluarkan kek dari oven, tuang adunan yang plain tadi, tekan buah cherry dalam adunan & bakar semula selama 30 minit atau hingga cheesecake masak, bahagian tengahnya sedikit lembut tetap tidak cair.

7. Matikan oven, biarkan kek di dalam oven selama 30 minit - 1 jam. Keluarkan & sejukkan sepenuhnya baru disimpan dalam peti sejuk selama 6 jam atau semalaman.


Topping:
A
3/4 sb serbuk gelatin
50ml air

B
200ml jus cherry (yg di tos)
100ml air

C
150g pitted dark cherries


Cara2 membuat topping:
1. Satukan bahan A. Biarkan selama 5 minit. Panaskan guna kaedah double boiler hingga cair sepenuhnya.

2. Masukkan bahan B, kacau hingga mendidih & sebati. Ketepikan sebentar hingga sejuk.

3. Susun buah cherry atas cheesecake & tuang topping atasnya. Simpan dalam peti sejuk hingga topping mengeras baru di potong.

4. Hiaskan jika suka.





Comments

Popular Posts