RED VELVET CHIFFON CHEESECAKE



Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua yang singgah sini...

Rasa cam ada hutang resepi je kan, hehe. Maaf sebab lambat update resepinya. Line memang tak seberapa ok beberapa hari ni, stress dibuatnya. 

Apa2 pun saya cuba update juga resepi ni secepat yang mungkin. Sampai ada yang whatsapp saya bertanya pasal resepi ni ^_^




Dah agak lama juga rasanya saya tak buat chiffon cake. Asyik buat continental cake je kan. Teringin nak makan kek chiffon gebu. 

Teringat dalam peti sejuk ada lagi balance philadelphia cream cheese yang saya terbeli hari tu di kedai jual bahan kek yang baru buka kat Kota Kemuning. Mak ai mahal gila harganya, untuk 500g harganya RM18 rggt lebih, tak ingat berapa sen. Entahlah kenapa saya beli juga, adehhh ^_^

Dapatlah idea nak buat red velvet chiffon cheesecake ni sebab nak menerai red velvet emulco yang baru dibeli hari tu. Lagipun chiffon cheesecake memang sedappp, lagi2 ada rasa red velvet...boleh bayangkan tak??? Hihi..

Pada yang dah terliur tu, bolehlah cuba buat sendiri nanti k, jangan lupa share hasilnya :)






RED VELVET CHIFFON CHEESECAKE

Bahan2nya:
A
250g cream cheese, suhu bilik
60g mentega, suhu bilik
100ml uht whipping cream

B
100g tepung kek, diayak
20g tepung jagung, diayak

C
10 biji kuning telur, gred A
1 sk esen vanila

D
10 biji putih telur, gred A
200g gula kastor
1/2 sk cream of tartar

E
1 1/2 sk red velvet emulco

Cara2 membuatnya:
1. Sediakan loyang chiffon bersaiz 10 inci. JANGAN gris loyang dengan mentega. Ketepikan.

2. Satukan bahan A dalam bekas tahan panas. Masak guna kaedah double boiler hingga cheese cair sepenuhnya, pastikan tiada ketulan untuk mendapatkan tekstur kek yang halus. 

3. Alihkan dari double boiler. Masukkan bahan B, gaul hingga betul2 rata. Masukkan pula bahan C, gaul rata lagi. Ketepikan sebentar.

4. Dalam mangkuk lain, satukan putih telur & cream of tartar. Pukul hingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul hingga kembang & pekat. Jangan terlebih pukul nanti susah untuk disebatikan.

5. Masukkan 1/2 adunan putih telur kedalam adunan cheese tadi. Kaup balikkan hingga rata. Kemudian, masukkan adunan yang digaul tadi kedalam baki adunan putih telur. Kaup balikkan adunan hingga betul2 sebati. Buat dengan lemah lembut tetapi pantas. 

6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Masukkan red velvet emulco kedalam salah satu bahagian tadi. Gaul rata.

7. Ambil loyang chiffon, tuang adunan cheese yang plain lebih kurang 6 sb disebelah kiri loyang. Kemudian, tuang pula adunan red velvet disebelah kanan loyang sebanyak 6 sb. Adunan akan nampak berbelang, sebelah plain, sebelah red velvet.

8. Seterusnya, ambik adunan yang plain tadi dan tuang 3 sudu besar atas adunan red velvet. Tuang pula 3 sb adunan red velvet atas yang plain. Ulang langkah tadi berselang-seli hingga semua adunan siap dituang.

9. Bakar kek selama lebih kurang 45-50 minit atau hingga kek masak sepenuhnya pada suhu 170C. Bila kek sudah masak, segera terbalikkan & biarkan sejuk sepenuhnya baru dikeluarkan dari loyang.





Comments

Popular Posts