HAZELNUT & COFFEE CHIFFON CHEESECAKE




Salam sejahtera buat semua...

Masih lagi bersiaran dengan resepi kek chiffon, mood nak men'chiffon je beberapa hari ni, diharap jangan jemu ya ^_^

Kali ni saya nak share resepi kek chiffon berperisa hazelnut & kopi pula. Sedap tak terkata, lembut, gebu, harum semerbak semua ada...





Boleh dikatakan ramai juga bakers/newbie diluar sana yang bermasalah untuk hasilkan kek chiffon yang tinggi & gebu.

Ini sedikit sebanyak tips yang dapat saya kongsikan mengikut pengalaman saya yang tak seberapa nak pakar ni, hehe...

Rahsia membuat kek chiffon yang tinggi & bertekstur halus terletak pada konsistensi meringue aka putih telur yang di pukul. Putih telur harus dipukul hingga stiff bukan soft peak ya, tak sama dengan resepi kek span atau japanese cotton yang mana hasilnya lebih cantik bila meringue dipukul hingga soft peak. 

Kek chiffon teksturnya lebih kasar, berongga, berudara & lebih tinggi berbanding kek span. Sebab tu meringue harus dipukul hingga stiff, kembang, bila diterbalikkan tidak jatuh. Saya juga lebih suka tambah cream of tartar bila buat meringue, hasilnya meringue lebih stabil & tahan lama, tidak cepat mencair semula.

Apabila telah siap mencairkan adunan cheese guna teknik double boiler, saya akan masukkan vanila & kuning telur terlebih dahulu, gaul rata & ketepikan. Jangan masukkan tepung terlalu awal untuk mengelakkan adunan menjadi ber'kulit' atau kering pada bahagian atasnya, juga untuk mengelakkan adunan berbuih (salah satu penyebab kek chiffon menjadi bantat).  

Pukul adunan meringue hingga soft peak, ketepikan sebentar. Masukkan tepung kedalam adunan cheese tadi, gaul rata. Sambung pula pukul meringue hingga stiff barulah dikaup balikkan kedalam adunan cheese. 

Lagi satu tips penting, pastikan semua bahan2 telah disediakan sebelum mula mengadun kek ya, amat penting supaya masa mengadun kek nanti bahan tidak terbiar lama, kek boleh bantat.

Cubalah tips ini, inshaallah kek chiffon akan menjadi cantik, tinggi & gebu. 




Wah panjang lebar juga saya men'explain', hihi. Diharap tips yang saya kongsikan sedikit sebanyak dapat membantu anda semua ya. 

Inshaallah..


So pada penggemar kek chiffon sekalian, wajib mencuba resepi ni tau, lagi2 yang suka dengan kek chiffon cheese, memang sedap. Saya suka makan buat sarapan atau minum petang, celup dalam teh/kopi panas...what a perfect day :)

Selamat mencuba semua, jangan lupa share hasilnya ^_^






HAZELNUT & COFFEE CHIFFON CAKE

Bahan2nya:
A
1 paket cream cheese, jenama tatura
120g uht whipping cream
65g minyak jagung

B
10 biji kuning telur, gred AA
2 sk esen vanila

C
60g tepung gandum, diayak
60g tepung jagung, diayak
30g serbuk hazelnut (ground hazelnut)

D
10 biji putih telur, gred AA
1/4 sk cream of tartar
220g gula kastor

E
1 sk coffee emulco


Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 170C atau ikut tahap kepanasan oven masing2. (Saya guna oven industri okazawa, suhu atas 140C, bawah 150C). 

2. Sediakan loyang chiffon bersaiz 10 inci. Saya lebih suka guna loyang chiffon teflon (berwarna gelap & berat) kerana menyerap suhu lebih tinggi & masak lebih pantas. JANGAN gris loyang dengan mentega, ketepikan dulu.

3. Satukan bahan A dalam bekas tahan panas. Masak adunan hingga sebati & cheese cair sepenuhnya guna teknik double boiler (masak atas bekas berisi air panas).

4. Alihkan adunan cheese, masukkan B, gaul rata & ketepikan sebentar. 

5. Satukan putih telur & cream of tartar dari bahan D, pukul hingga berbuih. Masukkan pula gula kastor sedikit demi sedikit, pukul hingga soft peak. Ketepikan sebentar.

6. Satukan bahan C & masukkan kedalam adunan cheese tadi (langkah 3). Gaul rata guna hand whisk. Ketepikan sebentar.

7. Sambung pukul adunan meringue tadi hingga stiff, kembang likat, bila diterbalikkan tidak jatuh. Masukkan separuh adunan meringue kedalam adunan cheese & kaup balikan hingga sebati guna hand whisk.

8. Kemudian, masukkan pula adunan yang dikaup balikkan tadi kedalam baki adunan meringue. Kaup balikkan lagi hingga sebati guna hand whisk. Apabila yakin adunan sudah agak sebati baru kaup balikkan guna spatula untuk memastikan tidak banyak udara yang terbuang dalam proses ini.

9. Ambil lebih kurang 200g adunan tadi, satukan dengan bahan E. Gaul rata & masukkan dalam piping bag. 

10. Ambil loyang chiffon, tuang 1/2 adunan kek yang plain. Kemudian paipkan adunan cheese coffee atasnya, paip secara membulat (buat satu bulatan) hingga habis. Tuang pula baki adunan plain perlahan-lahan atasnya, guna sudip jika boleh, tuang hingga habis menutupi adunan tadi.

11. Bakar dalam oven pada suhu 170C atau ikut suhu oven masing2 selama 45-50 minit atau hingga kek masak. Jika bahagian atas kek cepat perang, tutup atas loyang guna aluminium foil. 

12. Bila kek sudah masak, terbalikkan segera & biarkan hingga sejuk sepenuhnya bari keluarkan dari acuan. 




Comments

Popular Posts