BLUEBERRY CHEESEY CHEESECAKE & A HAPPY BIRTHDAY DEAR HUSBAND :)



10.10.2017

Happy birthday to my dear beloved husband...
Semoga sentiasa dirahmati Allah. dimurahkan rezeki & sihat tubuh badan..Amin Ya Robbal Alamin.

Tahun ni saya buatkan kek yang simple saja sebagai hadiah. Kek yang inshaallah sedap & gerenti akan dimakan oleh birthday boy, hehe. Kek2 lain memang tak seberapa nak layan lagi2 kalau penuh krim atau kek fondant, confirm bertapa lama dalam peti sejuk, fuhh.

So tahun ni buat kek yang kegemaran suami, simple, sedap & dijamin habis ^_^

Resepinya saya pernah share juga dalam blog ni.

Boleh lihat disini...

Untuk resepi kek tu boleh gantikan dengan spongemix biasa, cuma tambahkan dengan sedikit parutan kulit lemon/oren untuk menaikkan aromanya. Oh ya, tambahkan juga sedikit ovalette dalam 1sk untuk tekstur yang lebih halus.

Selamat mencuba semua...





BLUEBERRY CHEESEY CHEESECAKE

Kek:
A
5 biji kuning telur
1/2 cawan gula kastor
1/4 cawan jus oren
1/2 cawan air
1sk jus lemon
180g superfine flour, diayak
3 sb tepung jagung, diayak
3 sk double action baking powder, diayak

B
5 biji putih telur
3/4 cawan gula kastor
1/2 sk cream of tartar

Cara membuat cake:
1. Panaskan oven pada suhu 170C. Sediakan loyang bersaiz 9 inci. Griskan & alaskan dasarnya dengan kertas minyak

2. Satukan bahan2 A dalam mangkuk, gaul sebati. Ketepikan.

3. Pukul bahan2 B hingga kembang. Satukan dengan adunan A tadi. Kaup balikkan hingga sebati.

4. Tuang adunan kedalam loyang & bakar selama 40-45 minit. Sejukkan sepenuhnya baru dipotong kepada 3 lapisan.


Cram cheese frosting:
250g cream cheese
50g mentega
50g gula aising, diayak
250g non dairy cream
Cheddar cheese diparut secukupnya
Blueberry filling

Cara2 membuat frosting:
1. Pukul gula aising, butter & cream cheese hingga lembut.

2. Kemudian, masukkan cream sedikit demi sedikit. Pukul hingga kembang.

3. Ambil lapisan kek yang pertama, sapukan frosting & kemudian sapukan sedikit blueberry filling. Ulang hingga lapisan kek yang terakhir diletakkan diatas sekali.

4. Kemudian, sapukan keseluruhan kek dengan lebihan frosting & hiaskan dengan parutan cheddar cheese. Sejukkan sebelum dihidang.



Comments

Popular Posts