LECHE FLAN



Assalamualaikum & salam sejahtera semua...

Lama tak bersiaran disini, cuti2 Hari Raya Aidiladha dah abis, kembali kita ke rutin harian semula, masak memasak di ceruk dapur sendiri, hehe.




Sebelum bercuti hari tu saya ada buat dessert Leche flan ni, maaf lambat update resepinya busy sangat pada minggu lepas, baru ada masa nak duduk relax2 hadap laptop ni.



Resepi Leche flan ni pernah saya kongsikan banyak kali dalam blog saya yang lama MyBakingWorkshop. Maaf baru update resepinya kesini. Ramai juga yang pm saya bertanya kan resepi ni. Bagi yang dah pernah mencuba, pasti tahu akan kelainannya daripada resepi puding karamel yang biasa. 

Resepi ni adalah salah satu resepi dessert dari Filipina. Salah satu pemanis mulut yang wajib ada jika ada keraian masa saya kecik2 dulu. Asal usul resepi daripada Spain/Mexico. Beza pada cara memasak & jumlah telur yang digunakan. Resepi daripada filipina biasanya tidak mencampurkan putih telur kedalam adunan & menggunakan kaedah kukus untuk memasaknya. Berbeza dengan resepi dari Spain/Mexico sebab ada yang mencampurkan sekali putih telur kedalam adunan & memasak dalam oven menggunakan kaedah steam-bath/bain marie. Sebenarnya nak guna mana2 kaedah memasak pun boleh ya, ikut keselesaan masing2. Nak masak dalam oven kena pantau ikut masa takut puding terlebih masak & kering.




Untuk resepi ni ada pengubahsuaian sedikit ya pada bahannya, saya tambah uht whipping cream untuk rasa yang lebih lemak berkrim. Cubalah sendiri nanti :)





LECHE FLAN

Bahan2nya:
A
5 sb gula kastor

B
10 biji kuning telur (tambah jd 12 biji k.telur jika menggunakan uht whipping cream)
1 tin susu cair
300g susu pekat
150g uht whipping cream, optional
1 biji parutan kulit lemon
2 sb esen vanila

Cara2 membuatnya:
1. Panaskan kukusan atau oven.

2. Masukkan gula kastor kedalam loyang bersaiz 9 inci atau saiz 7 inci x 2 loyang. Masak gula hingga menjadi karamel & pastikan gula sekata dalam loyang. Ketepikan.

3. Satukan semua bahan B. Gaul rata & biarkan sebentar dalam 5 minit supaya aroma parutan kulit lemon meresap dalam adunan. 

4. Masukkan dalam loyang sambil ditapis. Balut longgar atas loyang dengan aluminium foil. Kukus dalam pengukus/bakar guna kaedah steam-bath dalam oven selama 1 jam atau hingga puding masak. 

5. Biarkan hingga sejuk sepenuhnya baru disimpan dalam peti sejuk dengan loyang sekali selama 3 jam atau semalaman. Terbalikkan sebelum dihidang.




Comments

Popular Posts