IMPOSSIBLE CHEESECAKE



Satu lagi resepi yang tak sempat nak upload minggu lepas. Resepi Impossible Cheesecake. Resepi daripada buku Catherine Lau "Cheesecake Seduction"




Tertarik dengan nama cheesecake ni masa belek2 buku resepi. Gambarnya pun nampak sedap & mudah aje. Bila saya buat tak seberapa nak 'impossible' pula jadinya, hihi. Kena try buat sekali lagi nanti, nak kasi nampak betul2 bulat coklat cheese kat tengah tu :)




Apa2 pun rasanya memang sedap, cuma untuk basenya tu saya tukar guna oreo base saja. Ikut resepi asal untuk basenya saja memang banyak bahan kena guna, ni buat versi jimat je ^_^ yelah sbb nak abiskan balance cream cheese dalam peti sejuk je kan. Takut rosak pula bila balik dari bercuti. 

Untuk glazenya pula saya tukar guna topping ganche je.

Ok, mari kita lihat resepinya pula.






IMPOSSIBLE CHEESECAKE

Base:
200g oreo, dihancurkan
40g mentega, dicairkan

Cara2 membuat base:
1. Satukan bahan base & tekan dalam loyang bulat/segiempat bersaiz 9 inci. Simpan dalam peti sejuk sebentar.


Filling:
A
750g cream cheese, suhu bilik

B
120g gula kastor
2 sk esen vanila
2 sb tepung jagung

C
300ml uht whipping cream

D
4 biji telur, dipukul sedikit

E
100g dark chocolate, dicairkan
1sk chocolate paste
1 sk coffee paste/flavouring, optional

Cara2 membuat filling:
1. Pukul bahan A hingga lembut & berkrim, tiada ketulan.

2. Masukkan bahan2 B. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan pula bahan C, pukul lagi hingga sebati.

3. Kemudian, masukkan bahan D satu persatu. Pukul sebati & bahagikan adunan kepda 3 bahagian.

4. Campurkan bahan E kedalam salah satu bahagian tadi. Masukkan kedalam piping bag berisi nozel plain/bulat.

5. Tuang satu adunan cheese yang plain kedalam loyang. Kemudian, paipkan adunan cheese coklat atasnya secara membulat. Buat 3 bulatan. Akhir sekali, tuang adunan cheese guna senduk perlahan-lahan atas adunan cheese coklat tadi.

6. Bakar kek guna kaedah steam-bath selama 1 jam atau hingga kek masak pada suhu 150C. Bila kek dah masak, matikan oven & biarkan selama 30 min baru dikeluarkan. Sejukkan sepenuhnya baru disimpan dalam peti sejuk selama 6 jam atau semalaman. Keluarkan kek dari loyang & hiaskan dengan chocolate ganache jika suka.


Chocolate Ganache
A
200g dark chocolate

B
100g uht whipping cream

C
25g mentega


Cara2 membuat ganache:
1. Satukan semua bahan dalam mangkuk tahan panas. 

2. Cairkan guna kaedah double boiler hingga coklat cair. Gaul rata. 

3. Sejukkan & simpan dalam bekas hingga sedia untuk digunakan.




Comments

Popular Posts