WALNUT CAKE



Assalamualaikum semua...

Lama tak buat kek ni. Antara soft butter cake yang terbaik pernah saya cuba. Ditambah pula dengan tekstur rangup kacang walnut dalamnya...

Perfecttt!!!





Resepi ni hasil tuntutan ilmu daripada buku 'Creative Making Of Cakes' oleh Chef Alex Goh. Kek ni juga dalam kategori butter cake, tekstur lebih soft & gebu kerana menggunakan teknik 'Separated Eggs Menthod'. Kuning & putih telurnya diasingkan & dipukul berasingan. Hasilnya kek yang lebih lembut & tinggi.




Kawan2 boleh juga cuba resepi BUTTER CHEDDAR CHEESECAKE. Antara resepi terbaik daripada buku ni. Ada berbagai lagi resepi menarik dalam buku ni tau, semua sedap2 belaka.

Cubalah bila ada masa nanti ^_^






WALNUT CAKE


Bahan2nya:
A
250g mentega
20g gula kastor

B
7 biji kuning telur

C
7 biji putih telur
170g gula kastor

D
190g tepung gandum
1/2 sk baking powder
1/2 sb susu tepung

E
160g kacang walnut, dicincang kasar
100g chocolate chips


Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven. Sediakan loyang bersaiz 9 inci. Alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Pukul bahan A hingga lembut berkrim. Masukkan bahan B. Pukul rata.

3. Dalam bekas yang lain, pukul bahan C hingga kembang. Satukan dengan bahan A + B tadi. Pukul sebati.

4. Kemudian, masukkan pula bahan D. Pukul rata. 

5. Akhir sekali, masukkan bahan E. Gaul sebati. Tuang dalam acuan yang disediakan. Taburkan sedikit kacang walnut atasnya. Bakar selama 45-50 min pada suhu 170C.




Comments

Popular Posts