RENDANG DAGING HITAM MANIS



Assalamualaikum & salam sejahtera semua...

Hah biasa post entri desserts saja kan? hehe...yalah nama blog pun posing desserts aje, hari ni nak share resepi rendang daging hitam manis yang sungguh marbeles ni!!! Memang marbeles tau, tu yang sampai nak share kat blog ni. Makan pula dengan nasi himpit & lemang, fuhhh memang menambah ^_^




Resepi ni dah jadi resepi rendang peberet sesisi keluarga. Hari tu buat sebab teringin sangat nak makan rendang. Masa raya saya sekeluarga bercuti ke Melaka, ronda2 cari rendang & lemang, lemang memang banyak tapi rendang takda yang kena dengan selera anak tekak. Sebenarnya saya ni penggemar tegar resepi rendang tok perak tapi cari2 di Melaka tak jumpa. Memang keempunan jugaklah ceritanya, hehe. 

So bila dah balik Shah Alam husband suruh buat rendang sendiri. Lagi baik katanya, masaklah ikut selera sendiri. Adehhh memang kena masak jugalah kan. So cari2 resepi dalam google yang ala2 rendang tok terjumpa resepi Rendang Daging Hitam Manis ni, dari blog Eny Abdullah. Hati tertarik nak cuba, suka dengan rendang warna gelap cam ni, basah2 sedikit..fuhh memang tak sabar nak cuba.

Alhamdulillah, percubaan pertama memang berjaya. Dapat markah penuh dari En husband & anak2, hehe. Kali ni buat lagi untuk kawan yang nak datang bertandang. Memang sedap tau resepi ni, rugi tak cuba...dah berkali-kali puji tu ^_^ Terima kasih banyak untuk yang empunya resepi :)

So saya tepek resepi kat sini ya, mudah-mudahan dapat dipanjangkan perkongsiannya. Selamat mencuba semua.





RENDANG DAGING HITAM MANIS

Bahan tumis :
A
2 batang kulit kayu manis
4 biji pelaga
5-6 biji cengkih
4 biji bunga lawang
7 ulas bawang merah dihiris nipis
3-4 sudu minyak

Bahan kisar :
B
3-4 inci lengkuas
5 batang serai
3-4 inci halia
3 ulas bawang besar
4 ulas bawang putih
Sedikit air

C
3 sb cili kering kisar

D
1/2 cawan kicap pekat manis Jalen - atau lebih jika perlu
2kg daging lembu, dipotong ketulan besar
Garam jika perlu (saya tak letak)

E
3-4 cawan santan pekat, (saya guna 1 kotak besar santan kara + 1 liter air)
3 keping asam keping/gelugur

F
3 helai daun kunyit diracik halus
3 sudu besar kerisik 


Cara2 memasak:
1. Panaskan minyak, tumis bahan A hingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar B & C. Masak seketika hingga pecah minyak.

2. Masukkan bahan D. Gaul & masak sebentar hingga daging kecut.

3. Masukkan bahan E. Masak guna api sederhana hingga daging empuk.

4. Akhir sekali, masukkan bahan F. Gaul & masak seketika. Angkat & hidangkan.



Comments

  1. Salam Evelyn, Rendang yang diletakkan sedikit kicap memang sedap. Baru-baru ni saya try and error baki daging yang tinggal. Saya masukkan minyak sapi ghee blend untuk menambahkan rasa,..sedap sangat

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for your comments :)

Popular Posts