KEK TELUR SEMUT



Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua yang singgah sini...

Masih lagi kita bersiaran dengan resepi kek sarawak. Harap jangan ada yang bosan ya ^_^ 

Saya masih lagi dalam misi menghabiskan browning sugar, hari tu pesan dengan kawan dari sarawak. Ada dua botol lagi nak kena abiskan ni. Ber'kek' sarawaklah saya jawabnya ^_^




Well, kali ni saya cuba resepi Kek telur semut pula. Kek telur semut??? Kenapa tak caya ke? Hihi. Kek sarang semut dah biasa dengar kan, hah kali ni kita buat kek telur semut pulak. Nama resepi yang sangat2 unik, sesuailah dengan namanya. 

Mula2 baca nama resepi ni terus tertarik nak cuba. Alhamdulillah berjaya juga dapatkan rupa dalaman kek yang seperti telur semut itu. Rasanya pun boleh tahan sedap tau.





Menariknya kek ni boleh dikukus atau dibakar. Saya pilih bakar dalam oven guna kaedah water-bath. Kek tetap lembut & moist. Kalau kukus lagi mantap rasanya.

Resepi asal menggunakan sukatan gelas ya, saya tukar sukatan jadi gram supaya lebih mudah diikuti. Kemanisan kek pula boleh ikut selera masing2 ya.

So kepada yang dah terliur tu bolehlah mencuba bila ada masa lapang nanti k. Selamat mencuba semua :) 





KEK TELUR SEMUT

Bahan2nya:
A
75g bijan, boleh tambah jika suka

150g Gajus/kacang tanah

B
200g mentega
200g gula kastor

C
Telur 10 biji
230g susu pekat
200g horlicks
1 sk esen vanila

D
200g tepung gandum
1 sk baking powder

E
2 sb browning Sugar


Cara2 membuatnya:
1. Panaskan kukusan/oven. Sediakan loyang bersaiz 9 inci. Alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Panggang bahan A hingga kekuningan. Tumbuk/kisar gajus@kacang tanah hingga halus. Ketepikan.

3. Pukul bahan B hingga lembut berkrim. 

4. Dalam bekas lain, satukan bahan2 C hingga sebati. Tuang dalam adunan B tadi. Pukul rata.

5. Kemudian, masukkan bahan D. Pukul rata lagi. Masukkan pula bahan E. 

6. Akhir sekali, masukkan bijan & gajus@kacang tanah yang ditumbuk. Gaul rata. 

7. Tuang dalam loyang yang disediakan. Kukus/bakar guna kaedah water-bath selama 2 jam. 





Comments

Popular Posts