KEK MADU KEMENYAN



Assalamualaikum semua...
Hari ni nak kongsi satu lagi resepi kek sarawak yang sedap iaitu kek madu kemenyan. Nama boleh tahan unik kan? Macam mana boleh dapat nama tu saya pun tak pasti ^_^




Resepi ni dapat dari seorang kenalan yang berasal dari sarawak. Baik hati sungguh dia, siap bagi saya 1 salinan buku resepi kek lapis & segala koleksi resepi kek sarawak miliknya. Huhu, inshaallah satu persatu akan saya cuba. Macam2 nama resepi, tergelak saya bacanya. Ada nama kek Ziana Zain, Saddam Hussein, Proton Saga & macam2 lagi ^_^

Apa2 pun saya kongsikan resepi kek madu kemenyan ni dulu k, rasanya memang sedap. Untuk bahan golden syrup dalam resepi ni saya gantikan dengan madu sebab terlupa nak beli, alhamdulillah sedap juga :) 

Selamat mencuba ya...






KEK MADU KEMENYAN

Bahan2:
A
10 biji putih telur
1sk ovelette
1sk esen vanilla
200g gula kastor
300g tepung gandum

B
10 biji kuning telur
100g gula kastor

C
8oz mentega, suhu bilik

D
1 botol kecil Golden Syrup, saya guna 150g madu
200g tepung marie ( biskut marie yang dikisar halus)
50g serbuk koko
100g tepung gandum
200g horlicks
1sb browning sugar


Cara2 membuatnya:
1. Sediakan loyang bersaiz 8x8 inci. Alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan. 

2.Pukul bahan A kecuali tepung gandum hingga lembut & gebu. Masukkan tepung & pukul rata. Ketepikan.

3. Pukul pula bahan B hingga kembang. Masukkan bahan C, pukul lagi.

4. Kemudian, masukkan pula bahan D, pukul hingga sebati. 

5. Tuang adunan berselang-seli dalam loyang yang disediakan. Kukus selama 4 jam. Potong bila kek sudah sejuk. 





Comments

Popular Posts