KEK BELACAN



Assalamualaikum...

Buat apa tu???Dah minum petang ke? Hari ni saya buat kek belacan pula. Jumaat minggu lepas dah buat 1 loyang, ni buat lagi atas permintaan Mr. Husband. Sekejap je kek licin, tak puas makan katanya ^_^



Memang sedap kek belacan sarawak ni tau, padat2 & wangi aje bila guna pure butter. Bahan pun boleh tahan special, harga pun boleh tahan, hihi. 




Resepi ni agak kurang manis ya, ikut resepi asal boleh tahan sukatan gulanya..boleh potong kaki I tell U!!! ^_^ 

Browning sugar pun saya timing letak sikit2, nak betul2 jadi macam colour belacan tu. Pernah juga share resepi kek belacan dalam blog lama saya sebelum ni, memang terlebih hitam, makk aii cam warna arang pun ada..adehh!!! Haha





Cumanya kan, kali ni saya terlupa pulak nak hempas loyang keluarkan udara sebelum bakar kek. Huhu, jadinya kek banyak lubang2 kat atas...berjerawat batu dia ^_^

Tapi apa2 pun rasanya memang sentiasa sedap. Lepas abis kek ni, nak pikir buat kek apa pulak. Orang kat rumah ni memang suka makan kek sarawak, tapi jangan nak suruh saya melapis...memang mintak ampun, hahaha.

Oklah, selamat mencuba semua...






KEK BELACAN

Bahan2:
A
460g mentega, pure butter
200g gula kastor

B
10 biji telur

C
180g serikaya
300g susu pekat
1 sk esen vanila

D
200g horlicks
100g serbuk milo
350g tepung gandum, diayak

D
60g browning sugar

Cara2 membuatnya:
1. Panaskan kukusan. Sediakan loyang bersaiz 9 inci. Alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Pukul bahan A hingga sebati. Masukkan bahan B satu persatu. Pukul sebati.

3. Masukkan bahan C, pukul rata. Kemudian, masukkan pula bahan D & pukul sebati. 

4. Akhir sekali, masukkan bahan D. Boleh tambah atau kurangkan sukatan ikut suka. Pukul rata.

5. Tuang adunan dalam loyang yang disediakan. Kukus selama 4 jam. Saya kukus selama 2 jam 1/2. Sejukkan kek baru dipotong.




Comments

Popular Posts