CHOCOLATE & COFFEE TRIFLE



Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua...

Wahhh lama tak update entri kat sini. Rasanya masih sempat kalau saya nak ucapkan selamat raya kan? Selamat hari raya semua, maaf zahir & batin. 

Masa bulan puasa hari tu, saya ada buat trifle untuk dessert berbuka. Janji nak share resepinya kan. Maaflah lambat update resepi, baru dalam minggu ni ada masa terluang nak hadap laptop & taip resepi.

Resepi ni ringkas saja sebenarnya. Untuk lapisan bawah saya lapis dengan resepi Easy Coffee Pudding dari foodnetwork.com. Saya skipkan bahan cinnamon tu. 

Lapisan keknya pula saya guna sisa Devil's Food Cake yang saya buat untuk customer. Sayang kalau terbuang, anak2 memang dah jemu nak makan kek. Kalau buat trifle menarik juga kan, laju aje anak2 makan ^_^

Lapisan kek tu boleh juga gunakan apa2 resepi kek yang disukai ya seperti spongecake, chocolate moist cake, swissroll & sebagainya.

Untuk lapisan krimnya pula, saya gunakan resepi light white chocolate mousse. Suka yang light saja, tak nak manis sangat. Ditambah dengan lapisan potongan buah strawberi untuk rasa yang lebih segar. Boleh juga guna buah-buahan yang lain jika suka. Pilih warna yang terang supaya tampak menarik :)

Selamat mencuba...





CHOCOLATE & COFFEE TRIFLE


 Coffee Pudding:
A
2 sb tepung jagung
2 sb gula kastor, boleh tambah jika suka
Secubit garam
2 cawan susu segar

B
1 sb serbuk espresso/kopi segera
1 sk esen vanila

Cara membuatnya:
1. Satukan bahan A dalam periuk kecil. Masak atas api perlahan hingga menjadi pekat. Matikan api.
2. Masukkan bahan B. Gaul rata guna whisk. Tuang dalam bekas yang sesuai. 
3. Simpan dalam peti sejuk hingga mengeras lebih kurang 2 jam.


Devil's Food Cake:

A
170g butter, suhu bilik
200g gula kaster
2 sk esen vanila

B
3 biji telur, gred A

C (diayak)
227g tepung superfine
50g serbuk koko
1 1/4 sk soda bicarbonat
1 sk baking powder
1 sk garam

D
1 1/2 cawan buttermilk

E
1/4 cawan mayonnaise

Cara2 membuat kek:
1. Panaskan oven pada suhu 170 C. Sediakan loyang bulat bersaiz 9 inci. Gris & alaskan dasarnya dengan kertas minyak.
2. Pukul bahan A hingga kembang & gebu. Masukkan B satu persatu, pukul lagi hingga sebati.
3. Kemudian, masukkan bahan C & D berselang seli. Gaul rata.
4. Akhir sekali, masukkan bahan E. Gaul rata.
5.Tuang adunan kedalam loyang yang disediakan. Bakar selama 45 minit atau hingga kek masak. Sejukkan atas wire rack.

# Saya gunakan sisa resepi kek ini, hancurkan & lapiskan atas coffee pudding dalam bekas.


White Chocolate Mousse:
A
250g UHT whipping cream
50g susu pekat

B
50g white chocolate, dicairkan

C
Potongan buah strawberi secukupnya

Cara2 membuatnya:
1. Pukul bahan A hingga pekat, jangan terlebih pukul.
2. Masukkan bahan B. Kaup balik hingga sebati. Masukkan dalam piping bag.
3. Paip sedikit dalam bekas atas lapisan kek. Tabur sedikit potongan buah strawberi & paipkan lagi krim tadi. Hiaskan dengan sedikit chocolate ganache atasnya jika suka. Sejukkan 1 jam sebelum dihidang.




Comments

Popular Posts