DURIAN CHEESETART




Wahhhh durian cheesetart!!! Siapa tak suka durian boleh cabut lari siap2 ya, ni peberet kita ^_^

Rugilah siapa tak suka, hehe gurau saja...





Bulan ramadhan ni sememangnya bulan yang penuh nikmat. Kita sebenarnya mampu menahan lapar & dahaga, juga segala hawa nafsu. Insha  Allah akan digantikan dengan pahala berlipat kali ganda. 

Amin...





Bila kita berpuasa barulah kita lebih menghargai makanan betul tak??? Barulah kita tahu apa itu nikmat makan. Hari2 biasa main bedal sakan aje kan, hehe. Macam2 menu ada dalam kepala, nak masak yang special2 untuk ahli keluarga bersahur & berbuka. 

Ramadhan kali ni kebetulan juga musim durian kan. Macam2 resepi nak dicuba. Salah satu yang teringin nak makan ialah durian cheesetart ni. Memang makan sakanlah, sahur sudah sambung pula ke iftarnya, sendawa pun bau durian eh ^_^





Resepi durian cheesetart ni pun saya pernah kongsikan diblog saya yang lama. Resepi ni saya ambil dari satu blog lama dulu, dah tak ingat pula nama blog tu. Saya update'kan semula disini sebagai entri, mudah-mudahan dapat dimanfaatkan bersama sekali lagi ya. 

Terima kasih buat pemilik resepi & selamat mencuba semua...





DURIAN CHEESETART

Pastri:
A
250g tepung gandum, diayak
60g gula kastor

B
125g mentega, suhu bilik

C
1 biji kuning telur, gred A
1 sk esen vanila
1 sb air sejuk

Cara2 membuat pastri:
1. Satukan bahan A, gaul rata. Masukkan bahan B, ramas hingga menjadi serbuk kasar. 

2. Masukkan pula bahan C. Uli hingga menjadi doh. Balut & simpan dalam peti sejuk selama 20 min.

3. Sapukan acuan dengan sedikit mentega. Ambil sedikit doh & jadikan bebola. Bentukkan kemas dalam acuan. Cucuk dasarnya dengan garfu.

4. Bakar selama 15-20 minit hingga keperangan. Sejukkan sepenuhnya sementara membuat inti.


Inti durian:
A
250g cream cheese, suhu bilik
20g mentega, suhu bilik
50g gula kastor

B
50g isi durian

C
1 biji telur, gred A

Cara2 membuat inti:
1. Pukul bahan A hingga lembut & berkrim. 

2. Masukkan bahan B, pukul sebati. 

3. Akhir sekali, masukkan bahan C. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan dalam beg paiping.

4. Paipkan inti kedalam pastri. Bakar selama 15 minit atau hingga masak pada suhu 160C. Sejukkan sepenuhnya baru dihidang.



Comments

Popular Posts