CHEESEKUT



Assalamualaikum...

Nikmatnya anak tekak makan cheesekut sebagai pemanis mulut masa berbuka puasa kan? Lama juga tak buat ni...anak dara teringin nak makan, tu yang rajin buatnya :)




Resepi ni ada banyak versi sebenarnya. Ada juga yang panggil Biskut Lapis Cheese. Kali ni saya guna biskut Saltcheese Khong Guan pula. Memang sedappp tau!!! 




Ada yang tanya mana nak cari biskut ni, sebab susah nak jumpa. Ya betul sebenarnya saya pun tercari-cari juga mana boleh beli biskut ni. Sampailah beberapa hari yang lepas masa ke kedai bakery di Bukit Raja, Klang. Biskut ni ada jual kat situ, saya beli 2 paket. Harga dalam RM5.90 tak silap...erkk maaf resit dah buang, hehe.

Oklah, jom kita lihat resepinya, sungguh mudah & cepat dibuat :) 





CHEESEKUT

Bahan2nya:
A
250g cream cheese, suhu bilik
250g susu pekat

B
1 1/2 paket biskut Saltcheese Khong Guan
Susu segar secukupnya

C
Nestum secukupnya


Cara2 membuatnya:
1. Sediakan loyang bersaiz 7 inci atau bekas yang sesuai. Lapikkan dengan plastic wrapper. 

2. Satukan bahan A, pukul hingga lembut berkrim.

3. Susun biskut 2 lapisan dalam loyang tadi. Renjis2kan dengan sedikit susu segar. Tuang guna sudu pun boleh tapi jangan terlalu banyak, sekadar cukup membasahi atas biskut sahaja.  

4. Masukkan inti cheese dalam 3 sudu besar & ratakan. Taburkan pula atasnya dengan nestum. Ulang semula proses tadi hingga inti cheese habis dilapiskan dengan biskut. Pastikan biskut ada 2 lapisan.

5. Tutup loyang & simpan dalam peti sejuk semalaman baru dipotong. Untuk potongan yang kemas, gunakan pisau yang dipanaskan terlebih dahulu.




Comments

Popular Posts