TAUFU FA



Salam jumaat & salam sejahtera buat semua yang berkunjung kesini...

Cuaca boleh tahan panas kebelakangan ni kan, petang pulak asyik hujan. Bila scroll fb ada saja status rakan2 yang jatuh sakit, huhu...minum banyak2 air masak ya semua :)





Entri kali ni saya share resepi taufu fa express pula. Sejuk anak tekak menikmatinya, sekejap je dah licin, paling penting amat mudah untuk membuatnya.

Menjadi kebiasaan kalau ke pasar malam, terutama hari jumaat macam ni kawasan saya ada pasar malam, pasti saya akan beli taufu fa dalam bekas kecil yang harganya sekitar rm2-rm2.20. Paling peberet yang perisa pandan, yummyy...next time saya buat perisa pandan pula ya.

Resepi asal boleh rujuk disini, terima kasih banyak buat empunya resepi :)







TAUFU FA

Bahan2nya:
A
1 cawan air 
12g agar2 bertali

B
2 kotak susu soya

C
1 ketul gula merah
2 cawan air

Cara2 membuatnya:
1. Satukan bahan A dalam periuk & masak hingga agar2 bertali cair sepenuhnya.

2. Masukkan bahan B. Gaul rata & masak sebentar guna api kecil. Matikan api & tapis.

3. Tuang kedalam acuan & sejukkan beberapa jam.

4. Untuk air gula pula, satukan bahan C. Masak hingga gula larut sepenuhnya. Hidangkan taufu fa bersama air gula melaka.




Comments

Popular Posts