RED VELVET CAKE



Assalamualaikum....

Dah 4 hari saya bakar kek ni, bungkus elok2 & simpan dalam peti ais. Malas sungguh nak mengisi inti, melepanya....bila teringat prosesnya tu terus jadi malas, asyik keluar masuk je kek ni dalam peti ais, cream cheese pun sama  ^_^





So kelmarin pagi cepat2 keluarkan kek & cream cheese, letak atas meja...tengahari baru datang mood nak kerjakan kek ni, tu pun banyak iklan bukan main, hihihi.

Ingatkan nak ulang tayang buat VERTICAL RED VELVET CAKE, adehh pikir2 sempat baby bangun tidur kalau nak vertical2 ni. Horizontal jelahhhh...hahaha.

Untuk resepinya pula, saya setia guna resepi yang sama dengan vertical rvc, moist, gebu & sedap!!!

Boleh cuba buat sendiri nanti ya ^_^






RED VELVET CAKE

Cake:
A
2 1/2 cawan tepung superfine, diayak
2 sb serbuk koko
1 sk baking powder
1 sk baking soda

B
300g buttermilk
2 1/2 pewarna makanan merah
1 1/2 sk esen vanila

C
1/2 cawan minyak jagung
200g gula kaster
2 biji telur, gred A


Cara2 membuatnya:
1. Sediakan loyang bersaiz 9 inci. Griskan dengan sedikit mentega & lapikkan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Satukan semua bahan A & ayak. Satukan pula bahan B dalam mangkuk yang lain. Ketepikan.

3. Kemudian, dalam mangkuk pengadun. Satukan bahan C. Pukul hingga agak kembang. 

4. Masukkan bahan A & B berselang seli. Pukul sekejap & gaul guna whisk hingga rata. Jangan terlebih pukul kerana kek akan jadi keras.

5. Tuang adunan dalam loyang yang telah disediakan. Bakar guna kaedah steambath selama 45 minit atau hingga kek masak pada suhu 180C. Sejukkan sepenuhnya dalam loyang.


Cream cheese frosting:
A
600g non dairy whipping cream

B
250g cream cheese
1 1/2 sk esen vanila
50g gula aising, diayak


Cara2 membuatnya:
1. Pukul whipping cream hingga soft peak. Ketepikan.

2. Dalam mangkuk yang lain. Satukan bahan B & pukul hingga sebati. 

3. Kaup balikkan whipping cream kedalam adunan cheese. Jika frosting agak cair, pukul guna mixer hingga pekat & konsistensinya sesuai untuk di sapu pada kek.


Cara2 menyusun kek:
1. Potong kek kepada 3 lapisan. Letak satu lapisan atas cakeboard atau pinggan yang rata. 

3. Paipkan inti atas kek. Letak pula lapisan kek yang kedua & paipkan inti. Letak lapisan kek yang ke tiga.


4. Sapukan keseluruhan kek dengan sisa krim & hiaskan. Sejukkan selama 1 jam sebelum dipotong.




Comments

Popular Posts