JAPANESE COTTON CHEESECAKE



Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua yang singgah sini...

Stress juga dalam beberapa hari ni sebab oven rosak. Tengok dalam peti sejuk ada lagi balance mascarpone cheese. Sayang juga kalau rosak, harga boleh tahan mahal tu, huhu.

So pikir punya pikir, rasa macam nak buat kek simple2 saja. Buat kek japanese cotton confirm laku keras ^_^

Nak abiskan semua balance cheese yang ada sebelum pulangkan balik oven pinjam, hehe. 






Jadi saya pun campurkanlah sekali cream cheese dengan mascarpone cheese untuk buat kek ni. Letak sedikit crushed oreos bawahnya, ala2 uncle rikuro's cheesecake gitewww ^_^

Alhamdulillah tip top rasanya!!! Lembut, lemak berkrim & gebu gebas. Tapi kek merekah sikit, sebab tak pandai nak adjust oven, maklumlah oven pinjam..main bedal je takda study2 :)

Apa2 pun, terima kasih daun keladi kak ila sayang sudi bagi pinjam oven pada saya, dapat balas dengan sedikit tat & kek japanese ni je...moga dimurahkan rezeki buat k.ila sekeluarga, inshaallah amin.

Pada yang ada balance mascarpone cheese dalam peti ais tu, bolehlah cuba resepi ni. Inshaallah tidak menghampakan.





JAPANESE COTTON CHEESECAKE

Bahan2:
A
Oreo secukupnya, dihancurkan/dipatah-patahkan

B
150g cream cheese, suhu bilik
100g mascarpone cheese
70g gula kastor
60g mentega
100g susu segar


C
6 biji kuning telur
2 sk esen vanila
1 sk jus lemon, optional

D
60g tepung kek (superfine)
20g tepung jagung

E
6 biji putih telur
1/4 sk cream of tartar
70g gula kastor



Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 160C/170C, ikut kepanasan oven masing2.

2. Sediakan loyang bulat bersaiz 8 inci. Lanserkan dengan sedikit mentega & alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Taburkan sedikit bahan A pada tepi2 loyang. Ketepikan.

3. Satukan bahan A dalam bekas tahan panas. Masak atas api guna kaedah double boiler hingga adunan cair sepenuhnya, tiada ketulan.

4. Kemudian, matikan api & masukkan bahan B satu persatu. Gaul rata hingga sebati.

5. Masukkan pula bahan C, gaul sebati. Ketepikan sebentar.

6. Dalam mangkuk yang lain, satukan putih telur & cream of tartar dari bahan D. Pukul hingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit & pukul hingga kembang (soft peaks).

7. Masukkan 1/2 adunan putih telur kedalam adunan cheese tadi, kaup balikkan sebati. Kemudian, masukkan adunan tadi kedalam baki adunan putih telur. Kaup balikkan hingga betul2 sebati.

8. Tuang adunan kedalam loyang yang disediakan. Bakar guna teknik waterbath selama 35-45 minit atau hingga kek masak pada suhu 160C/170C, ikut kepanasan oven masing2.

9. Bila kek sudah masak, biarkan dulu dalam loyang selama 20 minit baru keluarkan. Sejukkan sepenuhnya & simpan dalam peti sejuk 2 jam baru dipotong.




Comments

Popular Posts