COCOA SWIRL CHEESETART



Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua yang singgah sini...

Maaf teman2 semua sebab lambat update resepi tart ni. Tercari-cari masa nak on laptop update entri, sibuk memanjang saja dalam beberapa hari ni.




Lama saya tak buat cheese tart klasik ni. Al kisahnya, mak mertua suruh buat sebab nak makan. Hari tu ada juga menerai resepi viral tart montok, gebu, buncit, botoks & seumpamanya. Ngeri nama kan ^_^ Kihkihkih

Tapi kan...orang kat rumah pakat2 mengundi tak suka tart yang ter'over montok tu, muak sangat, makan sebiji dah surrender. Nak juga cheesetart yang slim ni. Sayang je buat hari tu, tak abis makan. Kalau bagi cheesetart yang ni, panas2 pun drg bedal, adehhh. 

Tapi kan..ikut selera memasinglah kan. Ada juga yang minat tat montok tu. Memang kiut sangat, macam2 design pulak tu. Pada pendapat saya pulak, kalau dah padat sangat cheesenya, baik makan cheesecake terus ^_^

Oklah semua, ni resepi cheesetart pertama yang saya buat masa mula2 belajar baking 6 tahun yang lalu. Inshaallah memang sedap & simple saja nak buatnya. Nak cuba buat perisa blueberry boleh klik SINI...





COCOA SWIRL CHEESETART

Pastri:
A
100g mentega, suhu bilik
50g gula kaster

B
1 biji kuning telur
1sb susu cair/segar
1 sk esen vanila

C
210g tepung superfine

Cara2 membuat pastri:
1. Satukan bahan A, pukul guna handwhisk hingga lembut & berkrim.

2. Masukkan bahan B. Pukul lagi.

3. Masukkan bahan C. Gaul guna tangan hingga menjadi doh yang lembut. Simpan dalam peti sejuk sebentar.

4. Ambil sedikit doh, bentukkan kemas dalam acuan. Cucuk doh sedikit guna garfu. Bakar selama 20-25 min hingga kuning keemasan pada suhu 170C. Sejukkan atas wirerack.


Inti cheese:
A
250g cream cheese, suhu bilik
60g gula kastor
20g mentega

B
1 biji telur
1 sk esen vanila

C
50g dairy whipping cream

D
1 sb serbuk koko
1/2 sk gula aising
2 sb air panas

Cara2 membuat inti:
1. Pukul bahan A hingga lembut & berkrim. 

2. Masukkan bahan B, pukul hingga sebati.

3. Kemudian, masukkan bahan C. Pukul hingga sebati & agak pekat. Masukkan dalam beg piping.

4. Paipkan inti kedalam pastri tadi. Buat hingga habis. 

5. Satukan bahan D. Gaul rata. Letakkan sedikit atas inti, guna pencungkil gigi & swirlkan. 

6. Bakar selama 15-20 min pada suhu 160C. Simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.




Comments

Popular Posts