ANGEL FOOD CAKE



Assalamualaikum buat semua...

Lama juga tak buat kek ni. Masa mula2 berblogging dulu, resepi ni acap kali saya olah jadi macam2 versi. Dari yang plain sampailah letak filling, memang mudah nak buat kek ni.





Memang niat nak update semula entri2 dari blog yang lama. Ramai yang pm bertanya resepi itu & ini, saya sendiri pun dah lupa, hehe. Yalah sebab kebanyakan resepi ikut daripada buku resepi, memang otak tak kuatlah nak hafal kan ^_^

Kebetulan ada banyak simpanan putih telur dalam peti sejuk. Nak buang memang sayang kan. Teringat resepi angle food cake ni, resepi pertama yang saya salin tangan dalam buku. Memang mudah nak buatnya. Pukul saja meringue tu cantik2 sampai pekat likat, inshaallah cantik kejadiannya nanti.




Untuk resepi ni, saya tambah parutan cheddar cheese atasnya untuk rasa yang lebih umpphh!!! 
Tak letak pun takpa. Letak parutan coklat saja pun boleh. Parutan lemon & esen vanila tu kalau boleh wajiblah ya, untuk hilangkan bau hanyir telur. 

Kek ni sangat gebu tapi teksturnya sedikit seperti roti, roti yang lembut. Boleh cuba sendiri nanti k ^_^

Tipsnya: 
1. Jangan buka oven sampailah yakin kek dah masak, nanti kek mendap. 
2. Gaul chocolate rice & buah ceri dengan sedikit tepung supaya terletak cantik, tak tenggelam didasar loyang.
3. Sebaik-baiknya gunakan loyang chiffon supaya kek masak cantik, tengahnya tak mendap.




ANGEL FOOD CAKE

Bahan2nya:
A
500g putih telur (12-13 biji telur, gred A)
1/2 sk cream of tartar
180g gula kastor
1 sk esen vanila

B
125g tepung kek/superfine

C
20g parutan coklat/chocolate rice
20g buah ceri merah/hijau, dipotong kecil2
1 biji parutan kulit lemon

D
Parutan cheddar cheese secukupnya


Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven, sediakan loyang chiffon bersaiz 10 atau 11 inci. TIDAK PERLU lanser dengan mentega. Ketepikan.

2. Pukul putih telur & cream of tartar dari bahan A hingga berbuih. Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit. Masukkan esen vanila & pukul hingga kembang (soft peaks).

3. Kemudian, masukkan bahan B sedikit demi sedikit. Kaup balikkan hingga sebati.

4. Masukkan pula bahan C satu persatu. Kaup balikkan perlahan-lahan. Tuang adunan kedalam loyang yang disediakan. Taburkan parutan cheddar cheese atasnya (jangan terlalu banyak nanti kek mendap).

5. Bakar kek pada suhu 170C selama 35-45 min atau hingga kek masak. Bila kek dah masak, segera terlangkupkan. Sejukkan sepenuhnya baru keluarkan dari acuan.





Comments

Popular Posts