RED VELVET CUPCAKES




Assalamualaikum buat semua...

Bertahun tak buat rvc cupcake ni. Kadang teringin juga nak makan tapi malas kemain nak buatnya ^_^

Ni pun buat atas permintaan my doter, dah lama dia minta saya buatkan red velvet cake, bukan alang2, nak Vertical RVC...adehh disebabkan mamanya tak seberapa rajin nak ber'vertical', jadilah red velvet versi cupcake saja, hehe.




Resepi RV cupcakes ni saya guna resepi yang sama dengan Vertical Red Velvet Cake

Alhamdulillah, keknya memang cukup moist & sesuai sangat digandingkan dengan cream cheese frosting. Jadilah dalam 24 biji cupcake bersaiz sederhana. Boleh cuba ada masa nanti ya :)





RED VELVET CUPCAKES

Adunan kek:
A
2 1/2 cawan tepung superfine, diayak
2 sb serbuk koko
1 sk baking powder
1 sk baking soda

B
300g buttermilk
2 1/2 pewarna makanan merah
1 1/2 sk esen vanila

C
1/2 cawan minyak jagung
200g gula kaster
2 biji telur, gred A


Cara2 membuatnya:
1. Sediakan kertas cawan & susun dalam acuan muffin atau boleh juga gunakan kertas acuan muffin. Ketepikan.

2. Satukan semua bahan A & ayak. Satukan pula bahan B dalam mangkuk yang lain. Ketepikan.

3. Kemudian, dalam mangkuk pengadun. Satukan bahan C. Pukul hingga agak kembang. 

4. Masukkan bahan A & B berselang seli. Pukul sekejap & gaul guna whisk hingga rata. Jangan terlebih pukul kerana kek akan jadi keras.

5. Tuang adunan 3/4 penuh dalam kertas acuan yang telah disediakan. Bakar selama 20-25 minit atau hingga masak pada suhu 170C. Sejukkan sepenuhnya. 


Cream cheese frosting:
A
500g non dairy whipping cream

B
250g cream cheese
1 1/2 sk esen vanila
50g gula aising, diayak


Cara2 membuatnya:
1. Pukul whipping cream hingga soft peak. Ketepikan.

2. Dalam mangkuk yang lain. Satukan bahan B & pukul hingga sebati. 

3. Kaup balikkan whipping cream kedalam adunan cheese. Jika frosting agak cair, pukul guna mixer hingga pekat.

4. Masukkan kedalam piping bag & paipkan atas cupcakes. Hiaskan jika suka.




Comments

Popular Posts