KARIPAP SARDIN KENTANG



Assalamualaikum buat semua...

Akhirnya datang juga rajin nak buat karipap ni. Karipap kampung jenis yang macam ni memang kesukaan saya, kulitnya rangup & menggerutu (saya goreng tak menggerutu sangat) ^_^  

Alhamdulillah ramai yang sudi share resepi pada saya, pening nak ikut resepi yang mana. Saya yakin semuanya pun pasti sedap2 belaka. Kita try satu2 ya ^_^




Untuk resepi kulitnya saya ikut resepi daripada kak Jamilah Yatie. Untuk intinya pula saya olah daripada resepi karipap daging kak Sabariah Bahasar. Cara mengisi inti saya ikut cara kak June Ahmad, tekap guna acuan dulu baru kelimkan semula. Cara kelim pula ikut dalam U tube, hehehe. 

Tq akk2 semua :)

Jom kita lihat resepinya...





KARIPAP SARDIN KENTANG

Pastry:
1kg tepung gandum
1 cawan minyak masak, dipanaskan
380g air sejuk (saya letak lebih sedikit)
Sedikit garam

Cara2 membuatnya:
1. Masukkan tepung & garam dalam bekas, masukkan pula minyak yang dipanaskan tadi. Gaul rata guna senduk kayu.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit, uli hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan doh sebentar.

3. Ambil sedikit doh & canaikan. Masukkan dalam acuan, isikan inti. Kelim semula tepi doh guna tangan (optional) untuk pastikan tak terbuka bila digoreng.


Inti sardin kentang:
A
1 biji bawang besar, dipotong dadu
3 biji bawang merah, dicincang halus

B
1 sudu besar cili giling
4 sb rempah kari daging
Sedikit air

C
1 tin ikan sardin
1/2 cawan air asam jawa

D
4 biji kentang, dipotong dadu 
Garam & gula secukupnya

Cara2 membuatnya:
1. Satukan bahan B, jadikan pes & ketepikan. Tumis bahan A hingga naik bau. Masukkan bahan B tadi, masak hingga garing.

2. Masukkan bahan C, gaul hingga sardin hancur. Masukkan pula bahan D. Masak hingga kentang benar2 empuk & airnya kering. Sejukkan sepenuhnya baru diguna supaya tidak mudah basi. 




Comments

Popular Posts