FEATHER LIGHT CHEESECAKE




Assalamualaikum buat semua yang berkunjung kesini...

Hari ni saya nak kongsikan lagi salah satu resepi cheesecake kegemarannya saya. Resepi ni pun banyak kali saya jadikan entri di blog yang lama My Baking Workshop.


  


Cheesecake ni memang sangat lembut & gebu sesuai dengan namanya. Makan pun tak perlu kunyah sangat, gebu macam kapas. Lagi gebu daripada Japanese cotton cheesecake, yang dah pernah cuba resepi ni dulu pasti tahu kesedapan kek ni kan? hihi. Makan sejuk2 sedap sangat.




Resepi kek ni daripada Chef Alex Goh, salah satu pastry chef kegemaran saya. Semua resepi daripada buku beliau sedap2 belaka. Alhamdulillah, setakat ni semua resepi beliau yang saya cuba menjadi ^_^ 

Jom kita lihat resepinya...





FEATHER LIGHT CHEESECAKE

A
250g susu segar
20g mentega
125g cream cheese

B
50g tepung gandum

C
3 biji kuning telur
1 sk esen vanila

D
3 biji putih telur
1/8 sk cream of tartar
Secubit garam
80g gula kastor

E
1 sk chocolate emulco

Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven, sediakan loyang empatsegi/bulat bersaiz 8 inci. Griskan dengan sedikit mentega & alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Pukul cream chesse dari bahan A hingga lembut. Ketepikan sebentar. Panaskan pula susu segar & mentega. Tuang 1/2 kedalam cream cheese tadi, gaul perlahan-lahan guna handwhisk hingga sebati. Tuang baki campuran susu tadi & masak semula guna teknik double boiler hingga betul2 sebati & tiada ketulan. Sejukkan sebentar.

3. Masukkan pula bahan B, diikuti bahan C. Gaul hingga sebati.

4. Kemudian, satukan putih telur, garam & cream of tartar dari bahan D. Pukul hingga berbuih. Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit & pukul hingga kental.

5. Masukkan 1/2 adunan putih telur kedalam adunan cheese, kaup balikkan sebati. Kemudian, masukkan lagi 1/2 baki adunan putih telur & kaup balik hingga sebati. 

6. Ambil lebih kurang 100g daripada adunan tadi, satukan dengan bahan E. Gaul rata. Ketepikan.

7. Tuang adunan kek kedalam loyang yang telah disediakan. Kemudian, tuang pula adunan cheese coklat atasnya. Guna pisau atau chopstick, buat bentuk pusaran.

8. Bakar dalam oven selama lebih kurang sejam atau hingga kek masak pada suhu 160C. Bila kek sudah masak, biarkan sebentar hingga tepi2nya merenggang baru keluarkan dari loyang. Kek akan mengecut sedikit. Sejukkan beberapa jam dalam peti sejuk baru dipotong.





Comments

  1. Assalamualaikum. Resepi Nutela cheese cake ada tak.

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam..saya tak pernah buat lagi :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for your comments :)

Popular Posts