CHOCOLATE ALMOND COOKIES




Seriously this cookie is one of my favourite!!! Anak2 pun suka...alhamdulillah. 




Resepi ni sama dengan resepi Chocolate chip cookies, cuma saya ubah suaikan sedikit. Tambah sedikit serbuk koko & kurangkan manis. Serbuk koko tu tambah sikit je untuk sedikit perisa coklat, letak banyak2 nanti pahit, lagipun coklat chip dalam adunan tu banyak. 

Gaul kalau boleh guna senduk kayu, gaul sebentar saja jangan lama2 ya. Saya lagi suka kalau tak tergaul sangat, ada yang sedikit plain sedikit coklat, sedappp. Nanti bolehlah cuba sendiri ya :)




CHOCOLATE ALMOND COOKIES

A
250g mentega berkualiti
250g gula perang
170g minyak jagung
4 sb susu segar
1 biji telur
1 sk esen vanila
Secubit garam

B
500g tepung gandum
50g serbuk koko
1 sk cream of tartar
1 sk baking powder
1 sk soda

C
250g choc chips
250g almond flakes/nibs/slice


Cara2 membuatnya:
1. Pukul bahan A hingga sebati dalam 1 minit. 

2. Masukkan bahan B yang telah diayak, gaul guna spatula atau senduk kayu. 

3. Akhir sekali, masukkan bahan C. Gaul rata. Simpan sebentar dalam peti sejuk lebih kurang sejam.

4. Kemudian, kaup doh guna sudu kecil. Susun berjarak dalam dulang, ratakan sedikit guna belakang sudu. Bakar pada suhu 170C selama 20 minit atau hingga biskut masak. Sejukkan sepenuhnya baru disimpan dalam bekas kedap udara.



Comments

Popular Posts