Saturday, 31 December 2016

CHOCOLATE CHIP COOKIES




Rajin kalau datang memang kena baking selalu, nanti mood malas melawat, kudap-kudapan semua dah siap kan ^_^





Resepi ni dapat dari page Resepi Sedap...maaf tak ada link untuk resepi ni sebab saya screenshot resepi dari handphone. 

Alhamdulillah rasanya sedap & rangup..anak2 pun suka. Saya kurangkan sedikit gula sebab chocolate chip pun dah manis kan. Boleh cuba buat sendiri nanti k.





CHOCOLATE CHIP COOKIES

A
1 cawan (250g) mentega berkualiti
1 cawan, gula perang, saya guna 220g
1/2 cawan gula aising, saya guna 100g 
1 cawan minyak masak
2 sb susu segar
1 biji telur
1 sk esen vanila
Secubit garam

B
4 cawan tepung gandum
1 sk cream of tartar
1 sk baking powder
1 sk soda

C
2 cawan choc chip
1 cawan almond flakes/nibs


Cara2 membuatnya:
1. Pukul bahan A hingga sebati dalam 1 minit. 

2. Masukkan bahan B, gaul guna spatula atau senduk kayu. 

3. Akhir sekali, masukkan bahan C. Gaul rata. Simpan sebentar dalam peti sejuk lebih kurang sejam.

4. Kemudian, kaup doh guna sudu atau scoop aiskrim. Susun berjarak dalam dulang. Bakar pada suhu 170C selama 20 minit atau hingga biskut masak. Sejukkan sepenuhnya baru disimpan dalam bekas kedap udara.




Friday, 30 December 2016

COCONUT MASCARPONE CHEESECAKE



Lama tak buat kek ni, dulu resepi ni pun pernah saya kongsi dalam blog saya yang lama. Tahun 2012/2013 tak silap saya. Buat untuk bday my husband.





Alhamdulillah sedap kek ni. Resepi daripada buku Baking Code by chef Alex Goh. One of my favourite chef. Banyak resepi2 menarik yang saya dah cuba dalam buku ni. Inshaallah kalau sihat tubuh badan saya akan kongsikan semula di blog ini.





Nampak susah kan nak buat tapi sebenarnya simple saja resepi kek ni. Bahan pun tak banyak mana. Hias pun ala kadar saja, bagi meriah dengan kelapa panggang ^_^

Rasa kek ni lemak2 berkrim & sesuai sangat digabungkan dengan kelapa panggang, aromanya memukau. Saya gunakan hawaiian coconut untuk resepi ni.

Ada masa bolehlah cuba sendiri resepi ni k, selamat mencuba semua :)






COCONUT MASCARPONE CHEESECAKE

Vanilla sponge cake:
A
5 biji kuning telur, gred AA
20g gula kaster
1/2 sk esen vanila

B
5 biji putih telur, gred AA
Secubit cream of tartar
100g gula kaster

C
110g tepung superfine, diayak

D
60g minyak jagung


Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 170C. Sediakan loyang bersaiz 8 inci. Saiz 9 pun boleh tapi kek rendah sikit. Griskan loyang dengan sedikit mentega & alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Satukan bahan A & pukul guna handwhisk hingga berbuih & kembang. Ketepikan sebentar.

3. Kemudian, dalam mangkuk yang lain. Satukan putih telur & cream of tartar dari bahan B. Pukul guna mixer hingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit, pukul hingga kembang & bertanduk.

4. Masukkan adunan putih telur kedalam adunan kuning telur tadi (langkah 2). Kaup balikkan hingga sebati.

5. Masukkan tepung, kaup balikkan sebati perlahan-lahan. Akhir sekali, masukkan minyak jagung & kaup balikkan hingga sebati.

6. Tuang adunan kek kedalam loyang yang disediakan. Bakar selama 35-40 min atau hingga kek masak pada suhu 170C. Bila kek sudah masak, keluarkan kek dari acuan & sejukkan atas wirerack. Bila kek sudah sejuk sepenuhnya, potong kepada 3 atau 4 lapisan.


Coconut mascarpone filling:
A
250g mascarpone cheese
40g gula aising

B
200g non dairy cream

C
60g kelapa parut, dipanggang 


Topping:
Kelapa panggang secukupnya
Non dairy cream secukupnya, dipukul hingga kembang
Sedikit chocolate paste (campurkan dgn sedikit cream untuk hiasan), optional


Cara2 membuatnya:
1. Satukan bahan A. Pukul hingga lembut. Masukkan bahan B, pukul hingga kembang. Masukkan pula bahan C, gaul rata.

2. Ambil satu lapisan kek, sapukan sedikit inti & ulang proses hingga lapisan kek yang terakhir. 

3. Kemudian, sapukan seluruh kek dengan krim dari bahan topping. Hiaskan dengan kelapa panggang & paipkan dengan krim coklat.

4. Simpan dalam peti sejuk selama sejam baru dipotong.





Tuesday, 27 December 2016

BUTTER CHEDDAR CHEESECAKE




My favourite buttercake ever!!! Tak pernah jemu2 membuatnya...resepi yang banyak kali saya jadikan entri dalam blog lama saya di mybakingworkshop.

Rasa cheddar cheese yang lemak2 masin & aroma yang menggoda..




Saya taburkan atasnya parutan cheddar cheese, chocolate chips & almond flake untuk rupa yang lebih menarik & tekstur yang rangup bila dimakan. 

Resepi ni juga pernah dishare disini. Selamat mencuba...




BUTTER CHEDDAR CHEESECAKE

Bahan2:
A
250g butter
230g gula kaster

B
4 biji telur

C
80g cheddar cheese, diparut

D
100ml susu segar
280g tepung superfine / gandum, diayak
1 sk baking powder, diayak

E
Parutan cheddar cheese secukupnya
Chocolate chips secukupnya
Almond flakes secukupnya


Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan loyang bersaiz 9 inci. Griskan & alaskan dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B satu persatu. Pukul sebati.

3. Masukkan bahan C, gaul rata.

4. Kemudian, masukkan pula bahan D, gaul lagi hingga sebati.

5. Tuang adunan kek kedalam loyang yang telah disediakan. Taburkan bahan E atasnya. Bakar selama 45 minit atau hingga kek masak.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...