Saturday, 26 November 2016

HOKKAIDO CHIFFON CREAM CHEESE CUPCAKES



Cupcake yang sedap, gebu & fillingnya pun menarik. Rasa nak paip penuh2 je filling tu tapi nanti comot pulak kan ^_^

Tak rugi cuba resepi ni. Resepi daripada Ummi Zawiyah, terima kasih ummi kerana berkongsi, saya panjangkan lagi perkongsiannya disini :)





Resepi ni saya tambahkan parutan kulit lemon dalam adunannya sebab en. husband tak suka sangat kalau ada bau2 hanyir telur pada kek. Tak letak pun tak mengapa tapi lagi menggoda aromanya dengan bau kulit lemon tu.

Bolehlah cuba sendiri bila ada masa lapang nanti ya :)






HOKKAIDO CHIFFON CREAM CHEESE CUPCAKES

Chiffon cupcakes:
A
5 biji putih telur, gred B
40g gula kastor
Secubit cream of tar2 (saya tambah)

B
5 biji kuning, gred B
35g gula kastor
1sk esen vanila
2 biji parutan kulit lemon (saya tambah)

C
100ml susu segar
60ml minyak jagung

D
110g tepung superfine


Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Susun muffincup dalam dulang. Ketepikan.

2. Satukan putih telur & cream of tar2 dari bahan A. Pukul hingga berbuih. Masukkan gula & pukul hingga kembang & bertanduk. Ketepikan.

3. Dalam mangkuk yang lain, satukan bahan B. Pukul sedikit bagi kembang. Kemudian masukkan bahan C, pukul lagi.

4. Akhir sekali, masukkan bahan D. Pukul rata. Kaup balikkan bersama adunan putih telur tadi hingga sebati.

5. Tuang dalam muffincup penuh2 (jangan melimpah pulak ya ^_^). Bakar pada suhu 180C selama lebih kurang 15-20 minit hingga cupcake masak. Bila sudah masak, sejukkan atas wirerack.


Cream cheese filling:
125g cream cheese, suhu bilik
100g susu pekat
3 sb susu segar
1/2 sk esen vanila (saya tambah)

Cara2 membuatnya:
1. Pukul cream cheese hingga lembut & berkrim. 

2. Masukkan susu pekat & esen vanila. Pukul rata. Masukkan pula susu segar. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan dalam piping bag.

3. Buat lubang ditengah cupcake, saya guna straw. Kemudian, paipkan inti dalam lubang. Tabur snow powder atau gula aising sebelum dinikmati.




Wednesday, 23 November 2016

COOKIE & CREAM MASCARPONE CHEESECAKE



Buat cheesecake pulak kita ^_^

Hari tu masa buat Hokkaido bake cheesetart ada banyak sisa mascarpone & cream cheese...takut rosak pulak simpan lama2 kan. Buat cheesecake pun sedap juga.





Yummm!!! Sedap lemak berkrim rasanya. Mascarpone cheese bagi rasa lembut & aroma pada cheesecake ni. 

Mascarpone cheese tu kalau nak buat Tiramisu atau resepi Macadamia white chocolate cake pun sedappp!!! Bolehlah cuba mana2 resepi yang berkenan ya.





COOKIE & CREAM MASCARPONE CHEESECAKE

Base:
200g digestive biscuits, dihancurkan
80g mentega, dicairkan

Cara2 membuat base:
1. Satukan bahan base. Tekan dalam loyang springform atau loose base tin bersaiz 7 atau 8 inci. 

2. Simpan dalam peti sejuk sementara membuat inti.


Cheese filling:
A
165g cream cheese
130g gula kastor

B
300g mascarpone cheese
1 sk esen vanila

C
2 biji telur

D
250g sour cream

E
50g crushed oreo

Cara2 membuat filling:
1. Pukul bahan A hingga lembut & berkrim. Masukkan pula bahan B, pukul lagi.

2. Masukkan bahan C satu persatu. Pukul rata. Kemudian masukkan pula bahan D. Pukul rata lagi. 

3. Ambil lebih kurang 200g adunan. Campurkan dengan bahan E. 

4. Keluarkan acuan dari peti sejuk, tuang 1/2 adunan plain. Kemudian tuang pula 1/2 adunan crushed oreo ditengahnya. Lagi 1/2 adunan plain tadi tuang perlahan hingga menutup keseluruhan adunan dalam acuan. Akhir sekali, tuang baki adunan crusehd oreo ditengah2.

5. Bakar guna teknik waterbath pada suhu 150C selama 1 jam 30 minit atau hingga kek masak. Jika menggunakan loyang saiz 7, kek lambat sikit masak.

6. Bila kek sudah masak, biarkan sejuk pada suhu bilik baru disimpan dalam peti sejuk semalaman sebelum dipotong.



Tuesday, 22 November 2016

FRUIT COCKTAIL CUSTARD



Nyaman sungguh makan fruit cocktail custard ni. Penyegar anak tekak sambil tengok tv atau sebagai pemanis mulut anak2.

Boleh tambah buah-buahan lain atau Nata de coco ikut selera masing2. Saya tak letak Nata de coco sebab dah ada sekali dalam fruit cocktail tu.






Koktail ni tak terlalu manis, saya tidak tambah gula cuma menggunakan susu pekat sahaja. Kalau ada air kelapa tentu lagi sedap. Inshaallah nanti kita cuba versi tu pulak.





FRUIT COCKTAIL CUSTARD

Bahan2nya:
1 tin fruit cocktail (toskan airnya & simpan)
1 tin laici (toskan airnya & simpan di )
1 kotak susu penuh krim (dutchlady)
200g susu pekat
5 sb tepung kastard
1/2 biji tembikai, potong dadu
Ais batu secukupnya

Cara2nya:
1. Satukan air sirap dari tin, susu penuh krim, susu pekat & tepung kastard. Gaul rata. Masak atas api sederhana hingga pekat. Matikan api & sejukkan sepenuhnya.

2. Bila kastard sudah sejuk, masukkan buah koktail, buah tembikai & ais batu. Sedia untuk dinikmati.



Wednesday, 16 November 2016

HOKKAIDO BAKE CHEESE TART




Seriously...this is the most delicious cheesetart i ever ate!!! 

Sedap weiii, walau tak pernah lagi rasa yang ori ^_^...nanti nak try yang ori plak, sekarang buat sendiri dulu..memang tak menyesal cuba resepi ni...

Cuma sedikit kecewa sebab tak dapat nak bagi colour hangus2 sikit atas filling tu, cantik kekuningan pulak dia. Tak pa next time saya try buat lagi.




Hari2 tengok kawan fb tayang cheesetart ni. Lain2 ble tahan lagi, tapi kalau ada cheese memang susah nak tahan..hehehe. Resepi dapat dari dreamersloft.blogspot.my, tapi saya derhaka sikit, saya tambah cheddar cheese, yummm!!! Untuk adunan pastry pula saya buat 2 adunan sebab filling memang lebih. 

Boleh ikut mana2 resepi yang berkenan dihati ya ^_^



HOKKAIDO BAKE CHEESE TART

Pastry:
A
200g tepung gandum, diayak
40g gula kastor

B
100g mentega sejuk, dipotong dadu

C
2 biji kuning telur
1 sk susu segar (saya guna uht whipping cream)

Cara2 membuat pastry:
1. Satukan bahan A, gaul rata. Masukkan bahan B, ramas guna tangan hingga menjadi 'crumbs'.

2. Kemudian, masukkan pula bahan C. Uli hingga menjadi doh. 

3. Balut guna plastic wrapper & simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.

4. Keluarkan doh dari peti sejuk. Canai ikut ketebalan yang sesuai. Kemudian terap guna acuan bulat. Masukkan doh yang diterap tadi dalam acuan tart & bentukkan kemas. Cucuk sedikit guna garfu. Buat hingga habis.

5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160C (ikut kepanasan oven masing2) selama 10 minit atau hingga keperangan (jgn terlalu perang ya). Sejukkan sepenuhnya atas wire rack & keluarkan dari acuan. Boleh terus susun dalam papercup. Ketepikan.


Cheese custard:
A
150g cream cheese
50g mascarpone cheese
20g cheddar cheese, diparut
1 slice kraft singles
30g mentega
100g uht whipping cream

B
30g gula kastor
15g tepung jagung

C
Secubit garam
1 sk esen vanila
1 sb jus lemon (saya skip)
1 biji telur

D
1 biji kuning telur, untuk disapu atas custard

Cara2 membuat cheese custard:
1. Satukan bahan A dalam mangkuk tahan panas. Masak atas double boiler hingga cair & sebati. 

2. Masukkan bahan B. Gaul hingga sebati & adunan menjadi pekat. 

3. Alihkan dari api sebentar, masukkan bahan C. Gaul perlahan-lahan hingga sebati. Kemudian, masak semula atas api hingga menjadi pekat. Sejukkan sebentar. Masukkan adunan kedalam piping bag.

4. Paipkan cheese custard kedalam pastry. Sapukan kuning telur sedikit atasnya.

5. Bakar selama 8-10 minit pada suhu 200C. Sedap dimakan suam.




Monday, 7 November 2016

BROWNIE CHEESE BARS



Sekali sekala layan brownies...

Suka dengan resepi ni sebab kuantitinya sedikit. Potong kecik2, simpan dalam peti sejuk & makan dua tiga potong bila rasa nak makan yang manis2. Memang sesuai untuk hilangkan muak lepas makan hidangan berat.




Resepi ni daripada buku 'Delicate Homemade Cakes' yang dah lama saya beli tapi tak pernah dicuba mana2 resepi dalamnya. Tak sengaja jumpa buku ni, belek2 balik rasa nak cuba pulak. Resepi brownies cheese ni rasanya resepi yang paling simpel dalam buku ni tau, tengok yang lain memang ngeri sebab canggih2 keknya, sangat kontemporari dekonya, lain kali ajelah saya try ya ^_^





BROWNIE CHEESE BARS

Brownie:
A
55g mentega
70g dark chocolate chips

B
50g gula kastor
1 biji telur, gred A

C
15g tepung kek
10g serbuk koko
1 sk baking powder

Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 150C. Sediakan loyang empatsegi bersaiz 6 inci. Griskan dengan mentega & alaskan dasarnya dengan kertas minyak.

2. Satukan bahan A dalam mangkuk tahan panas. Masak hingga coklat cair.

3. Masukkan bahan B, gaul rata. Masukkan pula bahan C yang telah diayak. Tuang dalam loyang yang telah disediakan. Ketepikan.


Cheese filling:
A
165g cream cheese, suhu bilik
30g gula kastor

B
1 biji telur, gred B (dipukul sedikit)

C
30g whipping cream

D
30g mentega, dicairkan.


Chocolate paste:
18g dark chocolate chips
10g susu segar/whipping cream

Cara2 membuat chocolate paste:
1. Cairkan chocolate chips guna kaedah double boil.

2. Masukkan susu sedikit demi sedikit. Gaul rata. Masukkan dalam piping bag.


Cara2 membuat cheese filling:
1. Pukul bahan A hingga lembut & berkrim.

2. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit. Kemudian, masukkan bahan C. Pukul rata.

3. Akhir sekali, masukkan bahan D, pukul rata. Jangan pukul lama2.

4. Tuang adunan cheese atas adunan brownie perlahan-lahan. Paipkan chocolate paste atasnya. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150C. Sejukkan sepenuhnya baru dipotong.




Saturday, 5 November 2016

NUTELLA PEANUT BUTTER CAKE



Sedap sungguh buttercake ni, sampai buat 3 kali. Kali yang ke 3 ni baru dapat ambik gambar. 

Diadaptasi dari resepi chef Alex Goh, traditional butter cake. Saya tambah nutella & peanut butter, alhamdulillah sedap. Kaya dengan mentega & menepati selera saya sekeluarga.







NUTELLA PEANUT BUTTER CAKE

Bahan2nya:
A
320g mentega berkualiti
250g gula kastor

B
5 biji telur

C
1 1/2 sk esen vanila

D
280g tepung kek/superfine
1 sk baking powder

E
2 sb nutella
2 sb peanut butter

Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 170C. Sediakan loyang bersaiz 9 inci. Lanserkan dengan mentega & alaskan dasarnya dengan kertas minyak.

2. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B satu persatu. Pukul sebati. Kemudian, masukkan bahan C, pukul lagi.

3. Masukkan pula bahan D dalam dua bahagian, pukul rata. Jangan pukul lama2 nanti kek keras, pukul hingga sebati sahaja.

4. Ambik 250g daripada adunan tadi. Satukan dengan bahan E, gaul rata. 

5. Masukkan adunan plain & nutella peanut butter berselang seli. Bakar pada suhu 170C selama 35-40 minit atau hingga kek masak. Sejukkan sepenuhnya baru dipotong.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...