Friday, 28 October 2016

STEAM HORLICKS MILO KAYA LAYER CAKE



Nikmatnya makan kek ni. Lembut & harum saja. Berketul-ketul masuk dalam mulut. Beberapa hari lepas ada buat kek ni tapi cepat sangat lesap, tak sempat nak snap pic.

So saya buat lagi, buat 2 adunan sekali ^_^

Resepi diambil daripada Victoria Bakes. Cantik aje layer cake dia, saya punya fail :( 

Bab2 me'layer' ni saya memang tak cukup sabar ^_^




STEAM HORLICKS MILO KAYA LAYER CAKE

Bahan2nya:
A
170g mentega
60g gula kastor

B
5 biji telur, gred A

C
65g susu cair
70g susu pekat
80g horlicks
85g kaya

D
125g tepung superfine
1 sk baking powder

E
25g milo
1 sk serbuk koko
1 sb air panas

F
Serbuk koko secukupnya

Cara2 membuatnya:
1. Panaskan kukusan. Sediakan loyang segiempat bersaiz 6 inci. Lanserkan dengan sedikit mentega & alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Satukan bahan C, ketepikan. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B satu persatu, pukul sebati.

3. Kemudian, masukkan campuran bahan C tadi. Pukul rata. Masukkan pula bahan D. Pukul rata.

4. Dalam mangkuk lain, satukan bahan E & gaul rata. Ambil 200g daripada adunan plain tadi. Campurkan dengan adunan E, gaul rata. Bahagikan kepda dua bahagian. Ketepikan.

5. Bahagikan pula adunan plain kepada 3 bahagian. 

6. Tuang satu bahagian plain kedalam loyang yang disediakan. Kukus selama lebih kurang 10-12 minit atau hingga masak. Keluarkan & tabur serbuk koko atasnya. Tuang pula 1 bahagian adunan milo. Kukus lagi selama 8-10 min. Keluarkan & tabur serbuk koko atasnya. Tuang pula adunan plain. Kukus lagi selama 10-12 minit. Ulang proses ini hingga semua bahagian siap dikukus. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong.




Saturday, 22 October 2016

MOSS CHEESECAKE




Happy birthday to my SIL...tak sempat potong kek. Happy holiday at maldives, jangan ingat2 kami disini..just enjoy ^_^






Cheesecake ni hasil inspirasi dari Kek lumut cheese yang saya buat baru2 ini. Walaa memang sedap!!! Semuanya disatukan sekali.




Untuk basenya pula saya guna cream crackers. Masa warded dihospital hari tu my sister belikan 1 tin besar, ada banyak sisa lagi. Misi nak abiskanlah ni ^_^

Toppingnya pun saya guna cream crackers juga, memang betul2 nak abiskan, hihi. Sedap rangup2 & simple cara pembuatannya. Sesuai digabungkan dengan resepi cheesecake ni.






MOSS CHEESECAKE

Base:
160g cream crackers, dihancurkan
60g mentega, dicairkan

Cara2 membuatnya:
1. Sediakan loyang loose base/spring form bersaiz 8 inci. Lanserkan dengan sedikit mentega & alaskan dasarnya dengan kertas minyak.

2. Satukan bahan2 base, gaul rata. Tuang dalam loyang & tekan rata. Simpan dalam peti sejuk sementara membuat intinya.


Filling:
A
500g cream cheese

B
100g susu pekat
180g seri kaya

C
4 biji telur, gred A

D
150g horlicks
1 sk pandan paste

E
150g sour cream

Cara2 membuatnya:
1. Pukul bahan A hingga lembut & berkrim. Masukkan bahan B hingga, pukul sebati.

2. Masukkan bahan C satu persatu. Pukul sebati.

3. Kemudian, masukkan bahan D. Pukul lagi. Akhir sekali, masukkan bahan E. Pukul sebati.

4. Tuang adunan dalam loyang berisi base. Bakar pada suhu 160C guna kaedah steambath selama 1 jam atau hingga kek masak.

5. Bila kek sudah masak. Biarkan sejuk sepenuhnya baru disimpan dalam peti sejuk. Taburkan atasnya dengan crunchy biscuits topping sebelum dihidang.


Crunchy biscuits topping:
200g cream crackers, dihancurkan
200g white chocolate, dicairkan

Cara2 membuatnya:
1. Satukan crackers & white chocolate yang dicairkan. Gaul rata.

2. Ratakan dalam bekas. Simpan dalam peti sejuk hingga mengeras. Bila sudah keras, patah2kan atau hancurkan & hias atas kek.




Thursday, 20 October 2016

APAM BERAS PANDAN



Sedapnya makan kuih apam buat minum petang, lagi2 perisa pandan. 

Resepi daripada kak Aznie Khasri, resepi asal tak tarok pandan, pandai2 aje saya sebab nak abiskan balance daun pandan dalam peti sejuk tu, hehe. 
Air pun saya tambah sedikit. Derhaka betul kan ^_^

Sedap & lembut...sayang kelapa parut tak ada, mesti lagi umphh rasanya.

Terima kasih kak aznie, saya panjangkan lagi perkongsiannya disini :)




APAM BERAS PANDAN

Bahan2nya:
A
2 cawan nasi
1 cawan santan pekat
1 3/4 cawan air
1 1/4 cawan gula kastor 

B
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
1 sk yis kering

C
5 helai daun pandan
sedikit air
1 sk pandan paste, optional

D
Kelapa parut, putihnya sahaja
Garam sedikit


Cara2 membuatnya:
1. Satukan bahan2 A dalam blender. Blendkan hingga sebati.

2. Dalam bekas sederhana besar, satukan bahan B, gaul rata. Masukkan bahan yang diblend tadi. Gaul rata.

3. Kemudian, saring air daun pandan tadi. Masukkan dalam adunan. Masukkan pandan paste sedikit jika suka. Tutup & perapkan selama 3 jam. 

4. Panaskan kukusan. Sapukan acuan dengan sedikit minyak. Tuang adunan 3/4 penuh & kukus selama 15 min atau hingga masak. Hidangkan bersama bahan D yang dikukus sebentar.




Wednesday, 19 October 2016

YOGURT CHOCOLATE GREEN TEA CAKE




Semalam ada baki yogurt, jumpa resepi INI dalam google, rasa cam nak cuba plak. Saya tukar sour cream tu guna yogurt. Sukatan pula saya tukar ke gram.






Alhamdulillah rasanya sedap...terasa coklatnya. Tinggi kejadian kek ni, jadi kenalah pakai loyang yang besar ya. Saya guna loyang bersaiz 9 1/2 inci.




Intinya pula saya guna green tea mousse sebab dah bosan makan ganache. Tapi tenggelam pulak rasa green tea tu, kuat sangat rasa coklatnya, hehe.




YOGURT CHOCOLATE GREEN TEA CAKE

Yogurt chocolate cake:
A
200g air panas
100g serbuk koko

B
250g mentega
500g gula kastor (saya guna 450g)
2 sk esen vanila

C
4 biji telur

D
345 tepung kek, diayak
2 sk baking soda (saya guna 1sk)
1/2 sk baking powder (saya guna 1sk)

E
200g yogurt

Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 170C. Sediakan loyang bersaiz 9 / 9.5 inci. Lenserkan dengan sedikit mentega & alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Satukan bahan A, gaul rata & ketepikan.

3. Pukul bahan B hingga lembut & berkrim. Masukkan C satu persatu. Pukul rata. Masukkan adunan A tadi. Pukul rata lagi.

4. Kemudian, masukkan bahan D & E berselang-seli. Pukul sebati. 

5. Tuang dalam loyang yang disediakan & bakar pada suhu 170C selama 1 jam atau hingga kek masak. Saya bakar guna kaedah steambath selama 1 jam 30 min. Bila kek sudah masak, sejukkan sepenuhnya baru dipotong kepada 4 lapisan.


Tea syrup:
100g gula kastor
150g air
1 uncang teh

Cara2 membuatnya:
1. Satukan semua bahan & masak hingga gula larut. 

2. Biarkan hingga sejuk.


Green tea mousse:
A
1 sb halal gelatin
35g air panas

B
2 biji kuning telur
70g gula kaster

C
50g susu segar
2 sb serbuk green tea

D
200g uht whipping milk

Cara2 membuatnya:
1. Satukan bahan A. Masak guna kedah double boiler hingga cair. Ketepikan.

2. Dalam mangkuk yang lain, satukan pula bahan B & masak guna kaedah yang sama hingga pekat. Masukkan bahan A yang dicairkan tadi, gaul rata & ketepikan.

3. Panaskan susu dari bahan C hingga agak suam. Satukan dengan serbuk green tea. Gaul rata. Satukan dengan adunan A+B

4. Pukul whipping cream hingga soft peak. Masukkan adunan A + B+C tadi. Gaul sebati. 


Ganache: 
500g dark chocolate, dicincang
400g uht whipping cream
20g butter

Cara2 membuatnya:
1. Satukan semua bahan2 & masak guna kaedah double boiler hingga cair & sebati.

2. Simpan dalam peti sejuk hingga konsisitensinya menjadi pekat & sesuai untuk dilepa atas kek.


Bahan lain:
100g non dairy cream, dipukul hingga pekat


Cara2 menyusun kek:
1. Sediakan cake ring, tak ada pun tak apa. Ambil satu lapisan kek, letak atak cakeboard. Basahkan kek dengan tea syrup. Paip atau tuang 1/2 adunan greentea mousse, boleh adjust nak filling tebal atau nipis. 

2. Kemudian, letakkan lapisan kek yang kedua atasnya. Basahkan dengan tea syrup. Sapukan non dairy cream & alaskan lagi dengan lapisan kek yang ke tiga. Basahkan dengan tea syrup & tuang baki green tea mousse. 

3. Letakkan lapisan kek yang terakhir atasnya. Basahkan kek dengan sisa tea syrup. 

4. Sapukan keseluruhan kek dengan ganache, jangan tebal2. Hiaskan ikut kreativiti masing2. Simpan dalam peti sejuk selama beberapa jam baru dipotong.




Saturday, 15 October 2016

TIRAMISU




Berkurun rasanya tak buat tiramisu...

Gara2 nak abiskan balance mascarpone cheese, maka terajinlah nak buat tiramisu ni.




Nikmat sungguh rasa tiramisu ni...
Kaw2 rasa coffeenya..yumm!!




TIRAMISU

(Boleh gantikan dengan spongefinger)
Coffee sponge cake:
A
4 biji putih telur
90g gula kastor
1/4 sk cream of tartar

B
4 biji kuning telur
20g gula kastor
1/2 sk esen vanila
1 sk coffee emulco

C
100g tepung gandum

D
50g minyak jagung

Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven. Sediakan loyang segiempat bersaiz 10 inci. Griskan & alaskan bawahnya dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Pukul bahan A hingga kembang & bertanduk. Kemudian, pukul pula bahan B hingga kembang. Satukan adunan putih telur tadi kedalam B, kaup balikkan sebati.

3. Masukkan bahan C sedikit demi sedikit. Kaup balikkan sebati.

4. Akhir sekali, masukkan bahan D. Kaup balikkan sebati.

5. Tuang dalam loyang & bakar selama 30 min atau hingga masak. Sejukkan sepenuhnya.


Filling:
A
35g air panas
1 sb halal gelatin

B
2 biji kuning telur
50g gula kaster
1sk serbuk kopi segera
2 sb air

C
250g mascarpone cheese
200g uht whipping cream, dipukul hingga pekat

D
150g air
80g gula kastor
4 sb serbuk kopi segera

E
Serbuk koko secukupnya, untuk hiasan.

Cara2 membuatnya:
1. Satukan bahan A, masak guna kaedah double boiler hingga cair. Ketepikan.

2. Dalam mangkuk yang lain, satukan bahan B. Masak guna kaedah double boiler hingga pekat. Satukan bahan A dengan B. Gaul sebati. Ketepikan.

3. Pukul mascarpone cheese hingga lembut. Satukan dengan whipping cream. Kemudian, masukkan adunan A+B (langkah 2) tadi, gaul rata.

4. Satukan bahan D, masak hingga gula cair. Sejukkan sebentar.

5. Ambil bekas yang sesuai. Kemudian, potong kek ikut saiz bekas yang digunakan. 

6. Celup kek dalam sirap kopi (langkah 4). Susun dalam bekas & paipkan inti atasnya. Ulang proses hingga bekas penuh. Simpan dalam peti sejuk 1 jam. Taburkan serbuk koko atasnya sebelum dihidang.



Tuesday, 11 October 2016

MACARONI FRUIT SALAD



Sedapnya macaroni salad...tak pernah jemu2 membuatnya. Biasanya saya buat pada bulan puasa untuk dijamu semasa iftar. Kali ni buat sebab suami request nak makan.






Resepinya saya pernah share disini. Saya tambahkan sedikit bahan lain supaya lebih berkrim. Boleh guna apa sahaja jenis kekacang yang disukai.






MACARONI FRUIT SALAD

Bahan2:
1 bungkus macaroni
470ml mayonaise
1 kotak kraft cheedar cheese, potong kecil2
3/4 tin susu pekat
1 tin nestle cream
1 tin buah-buahan campuran, toskan airnya
1 tin Nata De Coco, toskan airnya
Kismis secukupnya
Gajus panggang secukupnya, dicincang kasar


Cara2 membuatnya:
1. Rebus macaroni hingga lembut. Toskan airnya & ketepikan.

2. Dalam mangkuk yang besar, masukkan semua bahan2 yang lain & gaul sebati.

3. Kemudian, masukkan macaroni & gaul rata.

4. Sejukkan sebelum di hidang.




Monday, 10 October 2016

MACADAMIA WHITE CHOCOLATE CAKE



A cake for my beloved husband on his birthday...

Happy birthday my dear husband...
Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki & kesihatan yang baik, amin.




Dah lama tak buat kek ni, sedap berkrim...memang memenuhi citarasa kami sekeluarga.



Resepi ni saya olah ikut citarasa sendiri, alhamdulillah sedap...




MACADAMIA WHITE CHOCOLATE CAKE

Kek:
A
6 biji putih telur
150g gula kastor
1/4 sk cream of tartar

B
6 biji kuning telur
30g gula kastor
1 1/2 sk esen vanila

C
150g tepung kek, diayak

D
75g minyak jagung

Cara2 membuatnya:
1. Pukul bahan A hingga kembang & bertanduk. Ketepikan.

2. Pukul pula bahan B hingga kembang. Satukan bahan A kedalam bahan B, kaup balikkan hingga sebati.

3. Masukkan bahan C, kaup balikkan hingga rata. 

4. Akhir sekali, masukkan bahan D. Kaup balikkan hingga sebati.

5. Tuang adunan dalam loyang bersaiz 9 inci yang telah di lanser & di alas dasarnya dengan kertas minyak. 

6. Bakar pada suhu 160C atau hingga kek masak selama 30-35min atau hingga kek masak. Sejukkan sepenuhnya & potong kepada 3 lapisan.


Inti:
A
1 1/2 sk halal gelatin
3 sb air panas

B
250g mascarpone cheese, suhu bilik

C
100g white chocolate, dicairkan

D
400g uht whipping cream
70g gula kastor
2 sk esen vanila

E
Kacang macadamia secukupnya, dipanggang

F
150g non dairy cream, dipukul hingga pekat.


Cara2 membuat inti:
1. Satukan bahan A. Panaskan dalam microwave selama 3 minit atau hingga cair. Gaul rata jangan ada ketulan. Ketepikan.

2. Pukul mascarpone cheese hingga lembut. Masukkan gelatin cair tadi. Pukul rata. Kemudian masukkan bahan C, pukul lagi hingga rata. Ketepikan.

3. Dalam mangkuk yang lain, satukan semua bahan D. Pukul hingga soft peaks (jangan overbeat). Satukan dengan adunan mascarpone cheese, kaup balikkan hingga sebati.

4. Gunakan cake ring atau loose base tin untuk menyusun kek. Ambil satu lapisan kek & letak atas cakeboard yang dialas dengan cake ring atau guna loose base tin.

5. Tuang 1/2 adunan inti, taburkan kacang madacamia. Ulang langkah hingga lapisan kek yang terakhir. Simpan kek dalam peti sejuk hingga intinya mengeras selama beberapa jam.

6. Keluarkan dari acuan & sapu keseluruhan kek dengan fresh cream. Sejukkan semula selama 3 jam.


Topping:
200g uht whipping cream
100g white chocolate
20g butter

Cara2 membuat topping:
1. Satukan semua bahan topping dalam mangkuk tahan panas. 

2. Masak guna kaedah double boiler hingga sebati. Sejukkan seketika. 

3. Tuang topping atas kek & hiaskan ikut kreativiti. Sejukkan selama 1 jam baru dipotong.






Thursday, 6 October 2016

PANDAN CHOCOLATE STEAM CHEESECAKE




Kek yang gebu berkrim. Rasa cheese yang harum menggamit selera.

Resepi asal kena kukus tapi saya bakar guna kaedah steam-bath...naik tinggi :)






Resepi ini boleh dibuat plain, saya tambah perisa pandan & coklat untuk kontras warna & rasa..sedapp!!!




PANDAN CHOCOLATE STEAM CHEESECAKE

Bahan2:
A
250g cream cheese
125g mentega
450g susu pekat manis

B
1 sk ovalette
1sk esen vanila

C
5 biji telur

D
400g tepung naik sendiri
110g susu segar

E
2 sk pandan paste
2 sk chocolate paste

Cara2 membuatnya:
1. Pukul bahan A hingga lembut & gebu. Masukkan bahan B, pukul lagi.

2. Masukkan pula bahan C satu persatu. Pukul sebati.

3. Kemudian, masukkan bahan D berselang seli. Gaul rata. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Biarkan satu bahagian plain & dua bahagian lagi dicampurkan dengan bahan E. Gaul rata.

4. Tuang berselang-seli kedalam loyang bersaiz 9 inci yang telah dilanser dgn mentega & dialas dengan kertas minyak.

5. Bakar guna kaedah steambath selama 45 min atau hingga kek masak. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong.




Sunday, 2 October 2016

CARAMEL GREEN TEA CHEESECAKE



Pasti ramai yang suka makan caramel cake kan?? Sejuk2 ditekak...




Kali ni saya buat flavour green tea pula. Green tea memang favourite saya & husband. 

Layannn...




CARAMEL GREEN TEA CHEESECAKE

Caramel:
3 sb gula kastor

Cara membuatnya:
1. Masukkan gula dalam loyang bersaiz 9 inci. Masak gula hingga bertukar keperangan. Ketepikan.


Puding:
A
300g susu cair
100g air
35g gula kastor
6 biji kuning telur
1 sk esen vanila

Cara2 membuatnya:
1. Satukan semua bahan & gaul rata. Ketepikan.


Green tea cheesecake:
A
200g cream cheese
150g susu segar
40g minyak jagung/butter

B
110g tepung gandum
5 biji kuning telur

C
5 biji putih telur
150g gula kastor
1/4 sk cream of tartar

D
1 sb serbuk green tea
1 1/2 sb air panas

Cara2 membuatnya:
1. Satukan bahan A. Masak guna kaedah double boiler hingga cair & sebati.

2. Masukkan bahan B, gaul rata & ketepikan.

3. Pukul bahan C hingga kembang. Satukan dengan bahan A + B (langkah 2) tadi. Kaup balikkan hingga sebati. Bahagikan kepda dua bahagian.

4. Satukan bahan D, masukkan kedalam salah satu bahagian adunan kek. Gaul sebati.

5. Ambil loyang berisi caramel tadi. Tuangkan adunan puding kedalam loyang sambil menapis. 

6. Kemudian, tuang adunan kek green tea & yang plain berselang seli. Buat hingga habis. Bakar guna kaedah steambath selama 1 jam atau hingga masak pada suhu 170C.

7. Bila kek sudah masak, biarkan seketika baru diterbalikkan. Simpan dalam peti sejuk selama 2 jam baru dipotong.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...