COCONUT MASCARPONE CHEESECAKE



Lama tak buat kek ni, dulu resepi ni pun pernah saya kongsi dalam blog saya yang lama. Tahun 2012/2013 tak silap saya. Buat untuk bday my husband.





Alhamdulillah sedap kek ni. Resepi daripada buku Baking Code by chef Alex Goh. One of my favourite chef. Banyak resepi2 menarik yang saya dah cuba dalam buku ni. Inshaallah kalau sihat tubuh badan saya akan kongsikan semula di blog ini.





Nampak susah kan nak buat tapi sebenarnya simple saja resepi kek ni. Bahan pun tak banyak mana. Hias pun ala kadar saja, bagi meriah dengan kelapa panggang ^_^

Rasa kek ni lemak2 berkrim & sesuai sangat digabungkan dengan kelapa panggang, aromanya memukau. Saya gunakan hawaiian coconut untuk resepi ni.

Ada masa bolehlah cuba sendiri resepi ni k, selamat mencuba semua :)






COCONUT MASCARPONE CHEESECAKE

Vanilla sponge cake:
A
5 biji kuning telur, gred AA
20g gula kaster
1/2 sk esen vanila

B
5 biji putih telur, gred AA
Secubit cream of tartar
100g gula kaster

C
110g tepung superfine, diayak

D
60g minyak jagung


Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 170C. Sediakan loyang bersaiz 8 inci. Saiz 9 pun boleh tapi kek rendah sikit. Griskan loyang dengan sedikit mentega & alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Satukan bahan A & pukul guna handwhisk hingga berbuih & kembang. Ketepikan sebentar.

3. Kemudian, dalam mangkuk yang lain. Satukan putih telur & cream of tartar dari bahan B. Pukul guna mixer hingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit, pukul hingga kembang & bertanduk.

4. Masukkan adunan putih telur kedalam adunan kuning telur tadi (langkah 2). Kaup balikkan hingga sebati.

5. Masukkan tepung, kaup balikkan sebati perlahan-lahan. Akhir sekali, masukkan minyak jagung & kaup balikkan hingga sebati.

6. Tuang adunan kek kedalam loyang yang disediakan. Bakar selama 35-40 min atau hingga kek masak pada suhu 170C. Bila kek sudah masak, keluarkan kek dari acuan & sejukkan atas wirerack. Bila kek sudah sejuk sepenuhnya, potong kepada 3 atau 4 lapisan.


Coconut mascarpone filling:
A
250g mascarpone cheese
40g gula aising

B
200g non dairy cream

C
60g kelapa parut, dipanggang 


Topping:
Kelapa panggang secukupnya
Non dairy cream secukupnya, dipukul hingga kembang
Sedikit chocolate paste (campurkan dgn sedikit cream untuk hiasan), optional


Cara2 membuatnya:
1. Satukan bahan A. Pukul hingga lembut. Masukkan bahan B, pukul hingga kembang. Masukkan pula bahan C, gaul rata.

2. Ambil satu lapisan kek, sapukan sedikit inti & ulang proses hingga lapisan kek yang terakhir. 

3. Kemudian, sapukan seluruh kek dengan krim dari bahan topping. Hiaskan dengan kelapa panggang & paipkan dengan krim coklat.

4. Simpan dalam peti sejuk selama sejam baru dipotong.





Comments

Popular Posts