NUTELLA PEANUT BUTTER CAKE



Sedap sungguh buttercake ni, sampai buat 3 kali. Kali yang ke 3 ni baru dapat ambik gambar. 

Diadaptasi dari resepi chef Alex Goh, traditional butter cake. Saya tambah nutella & peanut butter, alhamdulillah sedap. Kaya dengan mentega & menepati selera saya sekeluarga.







NUTELLA PEANUT BUTTER CAKE

Bahan2nya:
A
320g mentega berkualiti
250g gula kastor

B
5 biji telur

C
1 1/2 sk esen vanila

D
280g tepung kek/superfine
1 sk baking powder

E
2 sb nutella
2 sb peanut butter

Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 170C. Sediakan loyang bersaiz 9 inci. Lanserkan dengan mentega & alaskan dasarnya dengan kertas minyak.

2. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B satu persatu. Pukul sebati. Kemudian, masukkan bahan C, pukul lagi.

3. Masukkan pula bahan D dalam dua bahagian, pukul rata. Jangan pukul lama2 nanti kek keras, pukul hingga sebati sahaja.

4. Ambik 250g daripada adunan tadi. Satukan dengan bahan E, gaul rata. 

5. Masukkan adunan plain & nutella peanut butter berselang seli. Bakar pada suhu 170C selama 35-40 minit atau hingga kek masak. Sejukkan sepenuhnya baru dipotong.




Comments

  1. Assalamualaikum adik manis, tahniah ya. Cantik dah sekarang. Kak ct minta izin amik resipi ya lyn.. Tr kasih berkongsi :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum adik manis, tahniah ya. Cantik dah sekarang. Kak ct minta izin amik resipi ya lyn.. Tr kasih berkongsi :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for your comments :)

Popular Posts