BROWNIE CHEESE BARS



Sekali sekala layan brownies...

Suka dengan resepi ni sebab kuantitinya sedikit. Potong kecik2, simpan dalam peti sejuk & makan dua tiga potong bila rasa nak makan yang manis2. Memang sesuai untuk hilangkan muak lepas makan hidangan berat.




Resepi ni daripada buku 'Delicate Homemade Cakes' yang dah lama saya beli tapi tak pernah dicuba mana2 resepi dalamnya. Tak sengaja jumpa buku ni, belek2 balik rasa nak cuba pulak. Resepi brownies cheese ni rasanya resepi yang paling simpel dalam buku ni tau, tengok yang lain memang ngeri sebab canggih2 keknya, sangat kontemporari dekonya, lain kali ajelah saya try ya ^_^





BROWNIE CHEESE BARS

Brownie:
A
55g mentega
70g dark chocolate chips

B
50g gula kastor
1 biji telur, gred A

C
15g tepung kek
10g serbuk koko
1 sk baking powder

Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 150C. Sediakan loyang empatsegi bersaiz 6 inci. Griskan dengan mentega & alaskan dasarnya dengan kertas minyak.

2. Satukan bahan A dalam mangkuk tahan panas. Masak hingga coklat cair.

3. Masukkan bahan B, gaul rata. Masukkan pula bahan C yang telah diayak. Tuang dalam loyang yang telah disediakan. Ketepikan.


Cheese filling:
A
165g cream cheese, suhu bilik
30g gula kastor

B
1 biji telur, gred B (dipukul sedikit)

C
30g whipping cream

D
30g mentega, dicairkan.


Chocolate paste:
18g dark chocolate chips
10g susu segar/whipping cream

Cara2 membuat chocolate paste:
1. Cairkan chocolate chips guna kaedah double boil.

2. Masukkan susu sedikit demi sedikit. Gaul rata. Masukkan dalam piping bag.


Cara2 membuat cheese filling:
1. Pukul bahan A hingga lembut & berkrim.

2. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit. Kemudian, masukkan bahan C. Pukul rata.

3. Akhir sekali, masukkan bahan D, pukul rata. Jangan pukul lama2.

4. Tuang adunan cheese atas adunan brownie perlahan-lahan. Paipkan chocolate paste atasnya. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150C. Sejukkan sepenuhnya baru dipotong.




Comments

Popular Posts