VERTICAL DEVIL'S FOOD CAKE ALA INDULGENCE




Memang sedap resepi devil's food cake ni. Bertambah menarik jika dibuat design vertical. 




Kek yang penuh rasa coklat luar & dalam.



VERTICAL DEVIL'S FOOD CAKE ALA INDULGENCE

Kek:
A
170g butter, suhu bilik
200g gula kaster
2 sk esen vanila

B
3 biji telur, gred A

C (diayak)
227g tepung superfine
50g serbuk koko
1 1/4 sk soda bicarbonat
1 sk baking powder
1 sk garam

D
1 1/2 cawan buttermilk

E
1/4 cawan mayonnaise

Cara2 membuat kek:
1. Panaskan oven pada suhu 170 C. Sediakan loyang bulat bersaiz 9 inci. Gris & alaskan dasarnya dengan kertas minyak.

2. Pukul bahan A hingga kembang & gebu. Masukkan B satu persatu, pukul lagi hingga sebati.

3. Kemudian, masukkan bahan C & D berselang seli. Gaul rata.

4. Akhir sekali, masukkan bahan E. Gaul rata.

5.Tuang adunan kedalam loyang yang disediakan. Bakar selama 45 minit atau hingga kek masak. Sejukkan atas wire rack.


Ganache:
500g dark chocolate, dicincang
400g whip cream
2 sb butter, suhu bilik

Cara2 membuat ganache:
1. Panaskan krim hingga berbuih pada tepi2 periuk. Matikan api.

2. Tuang krim atas coklat yang dicincang. Biarkan sebentar & gaul rata hingga coklat cair sepenuhnya.

3. Masukkan butter, gaul rata. Tutup guna plastic wraper & simpan dalam peti sejuk hingga pekat & konsistensinya sesuai untuk disapu pada kek. 


Chocolate mousse:
500g uht whipping cream
100g gula aising
100g ganache

Cara2 membuatnya:
1. Pukul krim & gula aising hingga kembang. 

2. Masukkan ganache & gaul guna handwhisk. Kalau masih cair boleh pukul lagi guna mixer tapi jangan terlebih pukul, cukup sampai krim kembang sahaja.


Cara2 menyusun kek:
1. Ambil kertas, buat bulatan atas kertas ikut saiz loyang yang digunakan. Gunting & lakarkan lagi beberapa bulatan yang semakin kecil saiznya.

2. Keluarkan kek yang telah sejuk dari loyang. Potong sedikit atasnya supaya rata. Letakkan kertas atas kek. Gunakan kertas yang dilakar tadi sebagai panduan. Potong kek guna pisau mengikut bulatan yang dilakar tadi. Setiap kali satu bulatan selesai dipotong, gunting kertas itu & potong pula ikut bulatan sterusnya. 

3. Seterusnya, keluarkan lapisan kek dalam bulatan yang kedua & paipkan chocolate mousse dalamnya. Keluarkan pula lapisan kek yang keempat & paipkan ganache. Untuk lapisan yang keenam, paipkan semula chocolate mousse.

4. Sapukan keseluruhan kek dengan ganache & hiaskan ikut kreativiti. Sejukkan selama 2 jam sebelum dipotong.




Comments

Popular Posts