TIRAMISU




Berkurun rasanya tak buat tiramisu...

Gara2 nak abiskan balance mascarpone cheese, maka terajinlah nak buat tiramisu ni.




Nikmat sungguh rasa tiramisu ni...
Kaw2 rasa coffeenya..yumm!!




TIRAMISU

(Boleh gantikan dengan spongefinger)
Coffee sponge cake:
A
4 biji putih telur
90g gula kastor
1/4 sk cream of tartar

B
4 biji kuning telur
20g gula kastor
1/2 sk esen vanila
1 sk coffee emulco

C
100g tepung gandum

D
50g minyak jagung

Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven. Sediakan loyang segiempat bersaiz 10 inci. Griskan & alaskan bawahnya dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Pukul bahan A hingga kembang & bertanduk. Kemudian, pukul pula bahan B hingga kembang. Satukan adunan putih telur tadi kedalam B, kaup balikkan sebati.

3. Masukkan bahan C sedikit demi sedikit. Kaup balikkan sebati.

4. Akhir sekali, masukkan bahan D. Kaup balikkan sebati.

5. Tuang dalam loyang & bakar selama 30 min atau hingga masak. Sejukkan sepenuhnya.


Filling:
A
35g air panas
1 sb halal gelatin

B
2 biji kuning telur
50g gula kaster
1sk serbuk kopi segera
2 sb air

C
250g mascarpone cheese
200g uht whipping cream, dipukul hingga pekat

D
150g air
80g gula kastor
4 sb serbuk kopi segera

E
Serbuk koko secukupnya, untuk hiasan.

Cara2 membuatnya:
1. Satukan bahan A, masak guna kaedah double boiler hingga cair. Ketepikan.

2. Dalam mangkuk yang lain, satukan bahan B. Masak guna kaedah double boiler hingga pekat. Satukan bahan A dengan B. Gaul sebati. Ketepikan.

3. Pukul mascarpone cheese hingga lembut. Satukan dengan whipping cream. Kemudian, masukkan adunan A+B (langkah 2) tadi, gaul rata.

4. Satukan bahan D, masak hingga gula cair. Sejukkan sebentar.

5. Ambil bekas yang sesuai. Kemudian, potong kek ikut saiz bekas yang digunakan. 

6. Celup kek dalam sirap kopi (langkah 4). Susun dalam bekas & paipkan inti atasnya. Ulang proses hingga bekas penuh. Simpan dalam peti sejuk 1 jam. Taburkan serbuk koko atasnya sebelum dihidang.



Comments

Popular Posts