TAT NYONYA



Tat nyonya lagi!!! Tak jemu2 kan...all time favourite.




TAT NYONYA

A
200g mentega, salted
60g gula aising
1 sk esen vanila

B
2 biji kuning telur 

C
300g tepung gandum
20g tepung jagung
15g tepung kastard

D
1 biji kuning telur
Sedikit air

E
Inti nenas secukupnya, dibulat2kan


Cara2 membuatnya:
1. Ayakkan bersama adunan C, ketepikan.

2. Dalam mangkuk pengadun, pukul bahan A hingga lembut & berkrim. Masukkan bahan B & pukul sebati.

3. Masukkan adunan yang dipukul kedalam adunan tepung. Gaul guna tangan hingga menjadi doh. 

4. Canai doh hingga mencapai ketebalan yang sesuai & sama rata. terapkan guna acuan tat bunga/nyonya. Susun atas dulang pembakar. 

5. Satukan bahan D & kacau rata. Sapukan sedikit atas doh. Letakkan inti atasnya. Buat hingga habis.

6. Panaskan oven pada suhu 160C. Bakar selama 25 minit atau hingga tat masak, warnanya bertukar keperangan sedikit. Sejukkan sepenuhnya bila sudah masak & simpan dalam bekas kedap udara.




Comments

Popular Posts