STEAM HORLICKS MILO KAYA LAYER CAKE



Nikmatnya makan kek ni. Lembut & harum saja. Berketul-ketul masuk dalam mulut. Beberapa hari lepas ada buat kek ni tapi cepat sangat lesap, tak sempat nak snap pic.

So saya buat lagi, buat 2 adunan sekali ^_^

Resepi diambil daripada Victoria Bakes. Cantik aje layer cake dia, saya punya fail :( 

Bab2 me'layer' ni saya memang tak cukup sabar ^_^




STEAM HORLICKS MILO KAYA LAYER CAKE

Bahan2nya:
A
170g mentega
60g gula kastor

B
5 biji telur, gred A

C
65g susu cair
70g susu pekat
80g horlicks
85g kaya

D
125g tepung superfine
1 sk baking powder

E
25g milo
1 sk serbuk koko
1 sb air panas

F
Serbuk koko secukupnya

Cara2 membuatnya:
1. Panaskan kukusan. Sediakan loyang segiempat bersaiz 6 inci. Lanserkan dengan sedikit mentega & alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Satukan bahan C, ketepikan. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B satu persatu, pukul sebati.

3. Kemudian, masukkan campuran bahan C tadi. Pukul rata. Masukkan pula bahan D. Pukul rata.

4. Dalam mangkuk lain, satukan bahan E & gaul rata. Ambil 200g daripada adunan plain tadi. Campurkan dengan adunan E, gaul rata. Bahagikan kepda dua bahagian. Ketepikan.

5. Bahagikan pula adunan plain kepada 3 bahagian. 

6. Tuang satu bahagian plain kedalam loyang yang disediakan. Kukus selama lebih kurang 10-12 minit atau hingga masak. Keluarkan & tabur serbuk koko atasnya. Tuang pula 1 bahagian adunan milo. Kukus lagi selama 8-10 min. Keluarkan & tabur serbuk koko atasnya. Tuang pula adunan plain. Kukus lagi selama 10-12 minit. Ulang proses ini hingga semua bahagian siap dikukus. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong.




Comments

Popular Posts