PANDAN CHOCOLATE STEAM CHEESECAKE




Kek yang gebu berkrim. Rasa cheese yang harum menggamit selera.

Resepi asal kena kukus tapi saya bakar guna kaedah steam-bath...naik tinggi :)






Resepi ini boleh dibuat plain, saya tambah perisa pandan & coklat untuk kontras warna & rasa..sedapp!!!




PANDAN CHOCOLATE STEAM CHEESECAKE

Bahan2:
A
250g cream cheese
125g mentega
450g susu pekat manis

B
1 sk ovalette
1sk esen vanila

C
5 biji telur

D
400g tepung naik sendiri
110g susu segar

E
2 sk pandan paste
2 sk chocolate paste

Cara2 membuatnya:
1. Pukul bahan A hingga lembut & gebu. Masukkan bahan B, pukul lagi.

2. Masukkan pula bahan C satu persatu. Pukul sebati.

3. Kemudian, masukkan bahan D berselang seli. Gaul rata. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Biarkan satu bahagian plain & dua bahagian lagi dicampurkan dengan bahan E. Gaul rata.

4. Tuang berselang-seli kedalam loyang bersaiz 9 inci yang telah dilanser dgn mentega & dialas dengan kertas minyak.

5. Bakar guna kaedah steambath selama 45 min atau hingga kek masak. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong.




Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum adik maniss.. telur tu lyn biasa guna grade A ker B dear

    ReplyDelete
  3. Ksalam dear kak ct, telur biasa saya guna A atau AA...

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for your comments :)

Popular Posts