PANDAN CHIFFON CAKE WITH COCOA LAYERING




Pretty cake isn't it??? Kek yang gebu & menarik.



Resepi diadaptasi daripada blog wendyinkk.blogspot...

Resepi asal guna pisang tapi saya ganti dengan perisa pandan.





PANDAN CHIFFON CAKE WITH COCOA LAYERING

Bahan2nya:
A
225g tepung gandum, diayak
11/2 sk baking powder, diayak
Secubit garam
90g gula kastor
7 biji kuning telur
100g santan pekat
70g air
100g minyak jagung
1 sb jus pandan / pandan paste

B
7 biji putih telur
100g gula kastor
Secubit cream of tartar

C
Serbuk koko secukupnya

Cara2 membuatnya:
1. Sediakan loyang chiffon bersaiz 10 inci. Panaskan oven. Satukan semua bahan2 A dalam mangkuk sederhana besar. Gaul hingga sebati. Ketepikan.

2. Pukul putih telur & cream of tartar dari bahan B hingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul hingga kembang 7 bertanduk.

3. Masukkan 1/2 adunan putih telur kedalam adunan A tadi. Kaup balikkan. Masukkan lagi baki adunan putih telur & kaup balikkan hingga rata.

4. Tuang 1/3 adunan kedalam loyang chiffon. Ayakkan rata serbuk koko atasnya. Kemudian perlahan-lahan masukkan pula 1/2 adunan atas lapisan koko tadi. Ayakkan lagi serbuk koko & tuang baki adunan.

5. Bakar pada suhu 170C selama 45 minit atau hingga kek masak. Segera terlangkupkan loyang bila kek sudah masak & sejukkan sepenuhnya baru dikeluarkan.



Comments

Popular Posts