OREO CHEESECAKE




My daughter's favourite...



Boleh katakan evergreen flavour for cheesecake, tak pernah lapok dek zaman...



OREO CHEESECAKE

Base:
100g biskut oreo, buang inti & kisar halus
35g mentega, dicairkan

Cara2 membuatnya:
1. Sediakan loyang springform bersaiz 7 inci. Lanserkan dasar & tepi loyang dengan mentega. Ketepikan.

2. Satukan bahan base & gaul rata. Tekan pada dasar loyang hingga rata. Simpan dalam peti sejuk sementara membuat filling.

Cheese filling:
A
600g cream cheese, suhu bilik
100g gula kastor

B
2 biji telur

C
1 sk esen vanila

D
150g whipping cream

E
Biskut oreo secukupnya, buangkan inti

Cara2 membuatnya:
1. Pukul bahan A hingga lembut & berkrim. Pastikan tiada ketulan.

2. Masukan bahan B sebiji demi sebiji. Pukul rata.

3. Masukkan pula bahan C. Pukul rata lagi.

4. Masukkan bahan D, pukul sebati.

5. Keluarkan loyang springform dari peti sejuk. Tuang 1/3 adunan cheese kedalam loyang. Susun biskut oreo atasnya. Tuang lagi 1/2 adunan & susun biskut atasnya. Tuang baki cheese filling perlahan-lahan.

6. Bakar guna kaedah steambath selama 50 min atau hingga kek masak. Biarkan dalam oven selama 1 jam hingga suam baru keluarkan & sejukkan atas wirerack. Bila sudah sejuk sepenuhnya, tutup & simpam dalam peti sejuk selama 5 jam atau semalaman baru dipotong.




Comments

Popular Posts