KEK LUMUT CHEESE



Satu lagi resepi kek sarawak yang sedap!!!

Sebelum ni buat Kek Lumut saja...bila tambah cheese mmg bertambah dahsyat rasanya. 

Cubalah :)



KEK LUMUT CHEESE

Kek:
A
250g pure butter, saya guna tatura
150g gula kaster

B
4 biji telur

C
80g susu pekat
80g serikaya

D
150g horlicks
130g tepung gandum/tepung kek

E
1 sb pandan paste
1 sk esen vanila

Cara2 membuatnya:
1. Sediakan loyang bersaiz 9 inci. Gris & alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Panaskan pengukus atau oven (api bawah sahaja) pada suhu 150C. 

3. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B satu persatu. 

4. Masukkan pula C, pukul rata. 

5. Kemudian, masukkan bahan D berselang-seli. Masukkan pula bahan E. Pukul rata.

6. Tuang adunan dalam loyang yang disediakan. Kukus hingga masak selama 2 jam atau bakar dalam oven guna kaedah steambath selama 1 jam. 


Adunan Cheese:
A
500g cream cheese

B
250g susu pekat

C
2 biji telur
11/2 sk esen vanila

D
2 sb tepung gandum

Cara2 membuatnya:
1. Pukul bahan A hingga lembut. Masukkan bahan B. Pukul lagi.

2. Masukkan bahan C & pukul rata. Akhir sekali masukkan bahan D, pukul hingga sebati.

3. Keluarkan kek dari pengukus atau oven. Tuang adunan cheese atas kek. Kukus semula atau bakar semula selama 1 jam pada suhu 150C. Bila kek masak biarkan sejuk sepenuhnya dalam loyang. Simpan dalam peti sejuk semalaman baru dipotong.





Comments

Popular Posts