FRUITY CREAM LAYER CAKE



Kek yang sungguh sedap & menceriakan.





Boleh juga guna buah-buahan seperti, blueberry, raspberry, laici & lain2.



FRUITY CREAM LAYER CAKE


Kek span vanilla:
A
4 biji kuning telur
40g gula kaster

B
2 sb susu segar
56g minyak jagung

C
1/2 sk esen vanila
80g tepung superfine, diayak
1/2 sk baking powder, diayak

D
4 biji putih telur
80g gula kaster
1/4 sk cream of tartar 
  
Cara2 membuat kek span:
1. Panaskan oven pada suhu 160 C. Sediakan loyang bulat bersaiz 8 inci, griskan dengan butter & lapikkan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
2. Pukul bahan A hingga sebati, warnanya bertukar kuning pucat selama 2 minit.

3. Panaskan bahan B dalam mikrowave selama 20 saat. Masukkan terus kedalam bahan A yang dipukul tadi (langkah 2), gaul guna hand whisk.

4. Kemudian, masukkan pula bahan2 C, gaul lagi hingga sebati.

5. Dalam mangkuk pengadun, pukul putih telur dari bahan D hingga berbuih, masukkan gula sedikit demi sedikit & cream of tartar. Pukul hingga pekat & bertanduk.

6. Ambil 1/2 adunan putih telur & kaup balikkan kedalam adunan kuning telur tadi (langkah 3), gaul sebati. Masukkan lagi baki adunan putih telur, kaup balikkan hingga sebati.

7. Tuang adunan kedalam loyang yang telah disediakan. Bakar pada suhu 170C selama 40 - 45 minit.

8. Bila kek masak, sejukkan atas wire rack.


Fruity Mousse Filling:
1 1/2 sk gelatin
3sb air 
400ml whipping cream
70g gula kaster
2 sb esen vanila
Mangga, strawberi & kiwi secukupnya, potong dadu

Cara2 membuat mousse:
1. Satukan gelatin bersama dengan air. Biarkan sebentar hingga kembang. Cairkan guna double boiler atau masukkan dalam microwave selama beberapa saat hingga mencair..

2. Pukul whipping cream bersama gula (alaskan bawahnya dengan semangkuk air sejuk), masukkan vanila & campuran gelatin tadipukul hingga bertanduk.

3. Gaulkan perlahan2 mangga, strawberi & kiwi yang dipotong kiub kedalam aduanan mousse tadi. Ketepikan.


Topping:
250g whipped cream, pukul hingga pekat & bertanduk


Cara2 menyusun kek: 
1. Potong sponge kek tadi kepada 3 lapisan. Letakkan cake ring atas cake board. Letak lapisan kek yang pertama, sapukan filling atasnya, ratakan.

2. Kemudian, letakkan lapisan yang kedua, sapu lagi filling atasnya. Letak pula lapisan yang ketiga diatas sekali, tutup atas cake ring guna plastic wrap, simpan dalam peti sejuk selama 2-3 jam hingga mousse mengeras.

6. Keluarkan kek dari kek ring, sapukan kemas whipped cream keseluruhan kek, hias ikut kreativiti. Sejukkan lagi sekurang-kurangnya 1 jam sebelum dihidang.




Comments

Popular Posts