CHOCOLATE SOUFFLE CHEESECAKE




Salah satu resepi cheesecake yang sungguh menambat hati...

Kek yang lembut & rasa coklat yang memukau!




CHOCOLATE SOUFFLE CHEESECAKE

Bahan2nya:
A
200g dark chocolate
230g cream cheese
100g susu segar
30g butter

B
35g tepung gandum
35g tepung jagung

C
5 biji kuning telur

D
6 biji putih telur
120g gula kastor
1/4 sk cream of tar2


Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang bersaiz 9 inci. Gris & alaskan dengan kertas minyak.

2. Satukan bahan A & masak guna kaedah double boil hingga sebati tidak berketul-ketul.

3. Masukkan bahan B, gaul rata. Masukkan pula bahan C, gaul hingga sebati. Ketepikan.

4. Pukul putih telur bersama cream of tar2 hingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul hingga kembang & bertanduk.

5. Masukkan 1/2 adunan putih telur kedalam adunan coklat. Kaup balikkan. Masukkan lagi 1/2 adunan & kaup balikkan hingga sebati.

6. Tuang adunan kedalam loyang yang telah disediakan. Bakar pada suhu 160C selama 1 jam atau hingga kek masak. Bila kek sudah masak, biar seketika baru diterbalikkan atas wire rack. Sejukkan sepenuhnya. Hiaskan jika suka.






Comments

  1. Assalam kak Evelyn, boleh tumpang tanya, saya dah cuba buat kek ni, tp kenapa strukturnya sangat lembut terutama di bahagian bawah, bila saya masak lagi permukaan atas pula jadi garing. lagi satu kenapa cheese saya setelah cair jadi berketul-ketul..harap sis boleh bantu sbb family saya suka sgt makan kek ni.Anyway terima kasih atas recipe yg superb..

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for your comments :)

Popular Posts