BISKUT CERELAC SABAH


Biskut yang sedap, lemak2 berkrim & rapuh bila dimakan.




BISKUT CERELAC SABAH

Bahan2nya:
A
125g mentega
250g minyak sapi
165g gula aising

B
600g tepung gandum
200g tepung ubi

C
1/2 cawan susu nespray
1/2 cawan cerelac

Cara2 membuatnya:
1. Pukul bahan A hingga kembang.

2. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang boleh dicanai. Tambahkan sedikit tepung jika doh terlalu lembut atau tambahkan sedikit minyak sapi jika doh agak keras.

3. Canai ikut ketebalan yang sesuai & terap ikut acuan yang disukai. Susun atas dulang pembakar. Bakar selama 20-25 minit atau hingga biskut masak.

4. Satukan bahan C. Salutkan biskut dengan campuran bahan C semasa masih suam supaya mudah melekat & simpan dalam bekas kedap udara.





Comments

  1. sdap cerelac nak pakai sikit tapi kena beli 1 tin.hahaha sape nk mkn lbih nya blh ke cerelac dganti bahan lain.suggestion

    ReplyDelete
  2. Hehe, kalau ada anak kecik macam saya ok jgk kn, hehe..boleh gantikan dengan susu tepung penuh krim.

    ReplyDelete
  3. saya ganti cerelac dengan nestum yang dikisar halus hehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for your comments :)

Popular Posts