TOKYO BANANA




Dessert yang popular di Jepun. Sponge cake tipis yang diisi dengan inti custard pisang...sedapp!!!



TOKYO BANANA

Sponge cake:
A
2 biji putih telur
50g gula kaster
1/8 sk cream of tartar

B
2 biji kuning telur
10g gula kaster
1/2 sk esen vanila

C
50g tepung superfine, diayak

D
25g minyak jagung

Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 170C. Sediakan loyang segiempat bersaiz 9 inci. Gris & alaskan dasarnya dengan kertas minyak.

2. Pukul putih telur & cream of tartar dari bahan A hingga berbuih. Masukan gula, pukul hingga kembang & softpeaks.

3. Pukul pula bahan B hingga kembang. Satukan dengan adunan putih telur tadi. Kaup balikkan. 

4. Masukkan bahan C, kaup balik hingga sebati. Masukkan pula bahan D, gaul sebati. 

5. Tuang dalam loyang yang telah disediakan & bakar selama 10-15 minit atau hingga kek masak. Sejukkan sepenuhnya. 


Custard banana

Bahan2nya:
100g /1 biji pisang
1 biji telur
30g gula kaster
1 1/2 sb tepung jagung
150g susu segar
1/2 sk esen vanila

Cara2 membuatnya:
1. Lecek pisang dalam mangkuk sederhana besar. 

2. Masukkan semua bahan2 yang lain. Gaul hingga sebati guna handwhisk. Tapiskan kedalam periuk.

3. Masak guna api perlahan hingga menjadi pekat. Matikan api & teruskan mengaul hingga menjadi pekat. Sejukkan sepenuhnya. Simpan dalam piping bag. Sejukkan selama beberapa jam atau semalaman. 


Cara2 menyusun:
1. Potong kek kepada 4 bahagian sama besar. Kemudian, potong setiap lapisan menjadi separuh hingga menjadi 8 lapisan kek span yang tipis. 



7. Alaskan setiap lapisan kek dengan plastic wrapper. Bahagian kek yang berwarna perang pada bahagian atas.

8. Paipkan sedikit inti custard atas kek span tadi. Jangan paip hingga tepi untuk mengelakkan inti terkeluar. Gulung perlahan2 dengan kemas. Kemudian, ikat ketat2 pada hujungnya. Buat hingga habis & simpan dalam peti sejuk selama beberapa jam atau semalaman. 




Comments

Popular Posts